Online users

Follower

Sunday, November 4, 2012

Semua jadi satu.

Lama bebenor tidak mengupdate blog.Makin nak habis belajar, makin busy. Huhu. Dulu time foundation, empat lima enam entry sehari. Sekarang? Sebulan sekali.Hahaha. Maaf la yer. Tak mampu nak melawan kehendak final year yang makin menjadi jadi ni. Minggu lepas pergi BIG, minggu ni pulak kursus sana sini. Minggu depan, cuti! Yeay! Cuti! Cuti means boleh la update blog setiap hari. Hopefully. Huhu.

Ok. Banyak cerita nak kongsi tapi tak tahu nak mula dari mana.Huhuhu. Cerita pasal apa jadi hari ni la ye.Ada taklimat SPP, kemudian seminar i-Think. Di celah celahan kursus dan taklimat, sempat lagi ye kami pergi test drive Nissan Almera. Asalnya nak pergi klinik. Sekali time pergi, klinik tengah lunch break. Sebelah klinik ada Nissan center. Dengor kate ada kereta baru. Makanya, masuk berlagak macam duit banyak dan test drive Almera. Hahaha. Nice car. Pick up bagus, minyak saving, ruang bonet dan interior yang sangat besar dan stereng sangat ringan you'olls. Tak perlu tenaga yang banyak untuk pulas stereng. Bawa sebelah tangan pun bulllleeeeh. =P Harga pun quite ok la berbanding kereta yang lain. Auto starting from 69,800. Itu paling basic untuk auto. Kalau tambah body kit segala mak nenek tu, around 70- 79k je kot. Kereta mampu milik la senang cakap.


Dulu berminat sangat dengan Preve tapi sekarang rasanya macam dah terminat Almera la pulak. Hahaha. Best oo berangan. Entah bila entah nak merasa ada kereta sendiri. Rasa down sekejap bila dengar cerita tahun depan kemungkinan besar posting lambat. Around bulan Jun or Julai. Huwa! Apa mak nak buat sebelum posting? Kalau boleh, nak la cepat kerja so that ada la income sendiri. Boleh la berangan keluar Almera tahun depan.Hohoho. Tapi kalau dah katanya posting bulan Jun, kerja tiga bulan or lebih baru dapat tunggakan gaji. Argh. Stress mak fikir pasal posting ni. Interview pun entah bila. Bila tanya kat admin, admin pun tak boleh nak bagi jawapan. Semua tertakluk kepada SPP. Kadang kadang rasa geram pun ada. Pasal orang kita ni suka buat kerja last minit. Kan bagus kalau dari awal tahun, dah keluarkan takwim. Ikut takwim, kan senang. Korang senang, kitorang pun senang. Ni ada yang nak kahwin bulan 12 ni. Kang haru kalau tiba tiba kena panggil interview. Tak kurang jugak yang nak pergi bercuti dsb. Huhu. At least bagi la range date dari bila sampai bila so that boleh la block tarikh tu untuk interview.

Emo aku kalau cakap pasal interview posting ni. Orang dah berkobar kobar nak masuk kerja ni. Cewah!

p/s: Pak cik sales kat Nissan dah semangat dah nak tarik aku jadi customer dia. Sabar pak cik, saya kerja pun belum.Mana ada duit nak bayar kereta.T___________T

6 comments:

Si Sejuk said...

aku pun dok usha2 almera ni.. tp yg lv kan baru ada start engine button 2?

preve pn sm..huhuh...

sabar la pirah.. budak2 upsi pnah tggu stahun bru anta g posting.. huhu.. lambakan ijazah pendidikan kot.

Anonymous said...

maybe you could ask Abul tu step down as teacher and then you can take his place

His status updates doesnt make me think that he wants to be a teacher

You know who I am

sweetie said...

Come on z@ck! semarakkan lagi semangat tu.

Semangat apa?

Beli kereta dan nak cepat2 posting tu la. Hang kalau kawin, jgn lupa cheq noh.

eDdY said...

first skali..mmg lama da aq tggu ko update z@ck..hehe
yg kedua..murah gak ek nissan almera ni..bentuk cam cantik..bole z@ck ko angkat satu nissan ni.bole aq tumpang..hehe
yg ketiga ialah..sabar k pasal posting tu..biaser la..b4 start kejer tu ko wat la part time apa2..dpt jugak income kan..xder la bosan sgt..hehe :)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

Salam zack! Yeah, baru anda tau bagaimana menjadi blogger bila dah kerja lepas belajar. (aku rasa cam tak make sense plak ayat ini)

anyway, halo!

[z@ck] said...

angahpikah..
haa..tunggu apa lagi.angkut la almera satu..hehehe

Anon..
ni acap dealer VCO kah? hahaha.why Abul? he doesn't want to become a teacher anymore? why?????

Sweetie..
insya-Allah akak. doa2 la sama kat saya cepat naik pelamin =)

eDdy..
tengah consider nk bt part time job ni..huhuhu

Danial Ikhwan Jaafar..
hey you..long time no see! kabare kamu?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger