Online users

Follower

Sunday, March 10, 2013

New experience


Alhamdulillah.Done with the camping. Pada mulanya, rasa berat hati nak pergi. Memikirkan weekend terpaksa dikorbankan tanpa bayaran gaji sesen pun, hati mula jadi tak ikhlas. Tapi bila sampai kat tapak kem, hati tiba tiba jadi seronok. Terus betulkan niat. Pergi sana untuk cari pengalaman, bantu cikgu handle budak.Kalau nak fikir pasal bayaran all the time, memang tak jalan kerja.


Malam pertama di Kuala Sala, kami buat aktiviti kembara malam. First time jadi faci dan jaga check point tengah malam. Even ada teman, hati still rasa takut.Seriau pasal tempat yang kami pergi tu sangat gelap.Dekat tandop.Cikgu pun gelabah.Apatah lagi budak budak kan.Tapi luaran kena buat berani beb.Jatuh la saham kalau tunjuk takut kat anak murid.Hahaha.Pengalaman paling best bila dapat sakat budak budak time masuk hutan.Checkpoint terakhir, murid dilepaskan sorang sorang dalam hutan. Dorang kena pegang tali dan jalan je ikut tali tu. Budak baru umur 10-12 tahun.Macam macam ragam la. Ada yang dari awal dah surrender dah. Mai mengadu demam, nak pitam, lemah semangat dan macam macam lagi alasan depa bagi.Memang kami tak layan satu pun.Menangis la ampa ramai ramai. Sebenarnya tak ada la jauh mana pun track dalam hutan tu.Cuma 30m sahaja.Tapi sebab gelap, rasa macam jauh.Padahal kalau orang sana kentut pun boleh dengar. 

Ustaz pun kuat menyakat.Buat buat jawab call dari ustaz satu lagi yang duk kat dalam hutan.Report ada 3 orang budak hilang sebab tak pegang tali. Yang tengah tunggu turn nak masuk hutan ni gelabah ayam la.Hahaha.Terus senyap tak terkata apa apa. Jenuh tahan gelak cikgu cikgu yang lain.Tak cukup dengan tu, kami add on lagi kata ada jerat cina dalam hutan tu. Ada yang dah tersadung batu nisan. "Benda" tu mengamuk. 
Aktiviti Base

Budak budak pulak, ada yang baca surah kuat kuat, ada yang takbir, ada yang azan campur iqamat, ada yang menangis meraung bagai nak rak, ada yang bertindak ganas pukul balik "benda" tu guna buku nota depa.Hahaha.Actually "benda" tu datang dari kami jugak. Sengaja kami upah dua orang untuk jadi hantu. Sorang pakai kain putih, sorang lagi pakai topeng hantu. Kesian jugak yang jadi hantu pun. Kena pukul dengan budak. Lepas ni kena propose hantu jadian kena pakai helmet.Baru secure sikit =P Niat kami bukan la nak takutkan budak, tapi real objective nak train budak budak supaya jadi berani. Tambah pulak yang mai ni semua pengawas.So, haruslah ada sifat berani. Ada sorang budak lelaki ni, darjah 4.Penakut gila.Langsung tak nak bergerak.Jurulatih ikut pun dia tak nak jalan jugak.Sampai terpaksa bagi dia jalan dengan sorang budak perempuan darjah 6. Dia peluk tak lepas budak perempuan tu.Punya la penakut.Rasa geram gila sebab dia ketegaq sangat.

 Aktiviti Dinamika

Best two groups

 With Fatihah.Sebaya.Guru ganti jugak.

Overall, puas hati dapat join this programme.At least dah ada pendedahan untuk aktiviti kem sebegini. The do's and don'ts. Next up, insya-Allah akan handle another school's camp pulak. Camp commander dah book siap siap dah sebab dorang tak cukup tenaga pengajar.Selagi tak kahwin, I think I'll be doing this thing forever =P

7 comments:

Meooo Comicore Club said...

best...

tringt zmn buat baktisiswa kat U dulu... :)

Blog meo :)

Unknown said...

Ah best nyer dgr pengalaman zack.. Tertiba rindu la plak zaman sekolah.. Best nyer kalu dpt join.. hehehe (^_^)

p/s: ah takut nyer walaupun hantu tipu.. huhuhu

syaza rafiae said...

syoknya kak zack pi kem dekat kuala sala.! syaza biasa dah pergi kem dekat sana waktu form 5.seronok dpt jln mlm2 dlm pukul 1 dekat tepi laut.. kena angin laut mlm.. sangatlah syok rindunya nak pi kem kuala sala tue.!

Anonymous said...

ishkk ... tak kan lah bila dah kawin, tak nak libat dalam aktiviti mcm ni dah. As a teacher; tak ada alasana untuk ngelak tau. Itu tanggungjawab seorang guru. Inilah fenomena kebanyakkan guru wanita... sebelum jadi isteri; elok je .. sporting .. rajin.. creative dan aktif. Bila dah nikah; dah jadi ibu .. terus jadi ' lemau ' .. banyak songeh .. rajin CUTI SAKIT ... kemana hilangnya semangat nak mendidik sebagai seorang guru.

Irfa said...

semua skolah anjurkan kem ni kot
sbb anak dara akak pun pegi kem
khamis smpi sabtu ;)

Irfa said...

semua skolah anjurkan kem ni kot
sbb anak dara akak pun pegi kem
khamis smpi sabtu ;)

eDdY said...

best sakat budak2 kan..hehe..anyway z@ck akan duk kat skolah ni sampai bila?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger