Online users

Follower

Wednesday, March 6, 2013

Tak puas hati

Tadi meeting untuk Kem Kepimpinan Pengawas.Tak sempat nak bagi alasan tak mau pi, GB dah warning awal awal dah, "Kem ni program sekolah.Jadi, semua guru harus terlibat.Kita perlu ada semangat kekitaan.Buat kerja sama sama bla bla bla" Duh. Nak tak nak kena la pergi jugak. Kena pulak aku ni single lagi.Tak terikat dengan komitmen berkeluarga, lagi lah dia nak suruh aku pergi. Hmph.Sabar je lah.Anyway, aku tak ada la nak membangkang sangat.Lagipun aku masih baru kat sekolah tu. At least boleh timba pengalaman jadi duty officer.Jangan main main, I jadi duty officer tau.

Ada cikgu yang agak tak puas hati kenapa namanya naik untuk kem ni. Nak cakap depan GB, tak berani. So, dia salurkanlah ketidakpuasan hatinya kepada geng dia. Melalui pemerhatian aku, ada few kelompok cikgu yang pi makan pun sama sama, style tak ngam dengan kelompok yang lain. Lebih suka bergaul sesama dorang. Depa ni saling gosip antara satu sama lain. Meja aku kat tengah. So, kadang kadang, dengar kelompok cikgu belah kanan kata kat kelompok belah kiri dan sebaliknya.Telan je lah sorang sorang. Rasa nak gelak pun ada kat depa ni.Pasal dorang tak sedar yang sebenarnya dorang saling kata mengata. Apa pun tak boleh. Aku style bercakap bila perlu saja. Nak sembang hal orang lain, memang idok ler. Jadi pendiam dalam bilik guru. Kadang kadang aku lari duk library baca paper. Just to kill my free time. Tak kisah la cikgu lain nak cakap aku ni loner ke, pelik ke apa ke, as long as I do my job. Hidup pun tak serabut nak peduli hal orang lain.

Esok petang naik bas sekali dengan budak. Wah.Tak sangka aku dah jadi pengiring budak. =P



7 comments:

Unknown said...

wah lama xjoin kem2 ni...hee
btw, follow u sis... :)

Unknown said...

Salam. Just nk kongsi..... Setahu akak guru ganti hanya bertugas hari bekerja sahaja sbb gaji dibayar ikut hari bekerja.... Isn-jumaat @ ahad-khamis. Kalau xdpt hadir gaji hari tu xdak laa...
p/s akak ni dok baca sengap2 ja selama ni, harini tergerak hati plk nk komen

eDdY said...

kat mana kem tu?

aReLaN said...

best pe gi kem gitu. tapi masa student la kan. tak tau perasaan cikgu2 camne.hehehe.

mis safuraa said...

sabar je la..mane2 jabatan same je..hak bujang la salu jd mangsa..alasan nye kite2 nie xade husben n ank ag...huhh..:).. ikhlas kan hati je lah...

[z@ck] said...

Seneorita Baharin..
me too.ni panas enjin balik.

Kak Ana..
ya kak.betul pasal gaji tu.saya tak kisah sangat pasal gaji.saja nak cari pengalaman.lagipun, saya tak buat apa kat rumah.best gak dapat join depa =)

eDdy..
area alor setar jugak.

aReLaN..
time jadi cikgu pun best pasal tak gaduh berebut nk mandi, dilayan first class.hahaha

mis safuraa..
tegha' mampu buat lagi, saya ok ja.tunggu bila mai time byk keja, saya kna tolak jugak la

Unknown said...

best2 very informative... pokok pangkalnye hati

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger