Online users

Follower

Monday, September 9, 2013

KK in Dec

Dah lama teringin nak pergi KK tapi selalu ja tak berkesempatan. Semalam Elin roger pasal tiket MAS pergi KK tengah murah. RM 300 return. Gilo. Mana tak membuntang mata aku tengok harga tu untuk MAS. So, decide nak beli terus la. Time tu dia dah tulis dah limited seats available untuk harga tu. Nervous time nak booking tu pasal takut tak dapat harga tu. As expected, harga naik jadi RM 360. Huh. Baru berangan nak naik MAS. Elin suruh compare dengan Air Asia. Sekali Air Asia harga RM 252 ja (tak masuk check in baggage). Last last, end up beli dengan Air Asia. Hohoho. Aku amik check in baggage so total RM 312. 

Excited lain macam sikit nak pergi KK ni sebab dapat pergi dengan darlings.Plus, dah lama tak gather dengan dorang. So, KK see you in December. Bajet lari bulan ni pasai beli tiket. Next gaji nak kena allocate betul betul. Dengan nak beli peti ais lagi. Haish. Dunia oh dunia. Duit nuffnang dah aku cash out kan tadi. Beda nak buat duit belanja pi Sabah nanti. Masuk kali ni, baru dua kali aku cash out. Dan kedua duanya aku gunakan untuk pergi travel. Pusing kot situ jugak la income blog. Lagipun income blog ni banyak dapat sebab aku blog pasal travelling. So, rasanya berbaloilah disalurkan ke arah itu.

So, aku nak tanya la kat korang. Apa tempat menarik kat KK yang harus aku pergi. Kalau tak pergi, tak lengkap percutian ke KK. Gitu. Pantai apa yang ada dekat KK? Nak experience jugak sandy beach kat KK. Wah wah wah. Dan accom kat mana yang murah. Ada readers dari KK tak? 

8 comments:

MESSYSERABUT said...

tempat wajib pergi adalah kundasang. memang best dan berbaloi!
boleh try baca sini kot2 menbantu.

http://messyserabut.blogspot.com/2013/01/part-1-sabah-trip-2012.html

http://messyserabut.blogspot.com/2013/01/part-2-sabah-trip-2012.html

semoga dpt sikit idea dri trip sy. hehe.

syaza rafiae said...

pasar filipino,pasar gaya.. hehe yg paling penting sekali kinabalu park jgn lupaa.

[z@ck] said...

MESSYSERABUT..
thanks! =)

syaza rafiae..
thanks =)

Lyn Alias said...

Enjoy the sunset at Tanjung Aru Beach.
If you like nature, there are a lot of places you could visit.
Island hopping is great if you have the time and cash.
If you're willing to splurge a bit, there are a number of good spas around KK.
Pasar Ahad Gaya Street mesti pergi - beli keropok amplang buat souvenir.

eDdY said...

aku pon nak sgt g KK..tp blom berkesempatan lagi..in syaa allah..ader rezeki..aku pon nak g..hihi

Fina Sophie said...

hi zack, lama x komen but since u sebut tentang kk, i blh suggest beberapa tempat since KK tu dah mcm my second city haha. slalu berulang alik kk-ranau.

byk tempat menarik sbnrnya, mana2 negeri pun sama kan. hehe.. but i rekemen and wajib, pegi island hopping at Tunku Abdul Rahman Park. ada 4 island smua but blh pilih which one or two or three u would like to visit. mcm hari tu me and husband pergi pulau sapi n pulau manukan. i pun recommend these two island. apa2 hal pun, google kan ada. better to plan ur time early. sy pun biasa jln2 travel around sabah buttttt jarang tulis dlm blog. malas haha ;)

second, dah ada yg sebut. g kundasang, ranau. my place. byk ada. poring hot spring, tagal sungai luanti, dairy farm, taman gng kinabalu (kaki gunung kinabalu) etc lg2 december musim sejukkk.. blh barbeque. kalau nak homestay yg murah dan selesa dan menghadap gunung kinabalu, contact me. u know my fb ;)

Norhayati Mdzin said...

hai..nk pergi kk bawalh byk wang sampai kat sana gila bayang dgn mknan laut d mutiara..tpi kena beringat mkn kat sana sguh mhl..
sy cadangkn tido hotel promenade family(blh muat 8org) tau aparment marina selesa tapi agak jauh bjln kaki ke psr philipin...
tempat menarik
kundasang,rumah terbalik,pasar philipin,kilang coklat,kilang kopi berperisa buah buahan,keretapi borneo muzium sabah..byk lgi sy dh xingt..

shaty said...

ada pasar malam di Bandar KK ..setiap malam .. jual bhb basah bersebelahan dgn yang jual makan2.. memang terliur abis tengok dia orang pamer ikan, sotong dan udang bakar. TAPI avoid eating at those places lahh .. sebab those seafood tak fresh !! Jalan-jalan cari satu MAMAT ni .. dia punya ikan, udang etc semua fresh dan kita pilih and bagi tau dia nak masak apa .. MEMANG SEDAP. MAt dan Minah salleh pun makan kat situ ... kalau ada email bagi saya, nanti saya anta gambar MAMAT tu .. kita orang siap interview dia lagi. Buttered sotong dan udangnya memang kaw-kaw sedap. Harga munasabah .. tak de le taraf hotel .. dan tak le murah bagai nak rak. mampu nyerrrr ... sebab bukan makan sorang.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger