Online users

Follower

Tuesday, May 26, 2009

Fikir pasal mati

Kamar Gantung di Penjara Pudu.

Semua orang takut bila fikir pasal mati.Macam mana dan bila kita mati pun kita tak tahu.Wallahualam.Tapi kau pernah fikir tak orang yang sengaja cari mati? Orang yang buat jenayah berat dan di hukum mati.

Aku tertarik nak cerita pasal benda ni lepas aku baca kisah si Tukang Gantung kat blog As . Kau boleh pergi blog dia dan baca true story pasal hidup si Tukang Gantung.Memang creepy bagi aku sebab dia ini umpama 'malaikat' yang cabut nyawa pesalah.Bila dia tekan je gear, zup terus mati.Tak adanya si mati nak menggelupur dulu dan minta tolong.Senang cakap pelaksanaan hukuman mati memang cepat dan tiada unsur penyeksaan langsung.Orang cakap tak baik seksa mayat kan.

Di Malaysia, kita memang depends solely on hukuman gantung as a way untuk jatuhkan hukuman mati.Tapi, di negara-negara lain, diorang ada kaedah yang berbeza.Meh aku kongsi maklumat ni dengan kau.Hasil google lan aku tadi :1) Hukuman Bakar Sampai Mati : Popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas untuk kesalahan yang melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan org ramai (hertics) , mengamalkan ilmu sihir (witches), dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious woman). Hukuman ini yang terakhir berlaku di Sepanyol pada tahun 1834.

2) Roda : Boleh digunakan dalam pelbagai cara. Pesalah akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga pesalah mati.

3) Guillotine : Digunakan secara meluas smeasa revolusi Perancis menggunakan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade).

4) Gantung dan Garotte : Melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah garotte pula merupakan teknik deraan yang mirip kaedah gantung.Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah.Mulut pesalah akan disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya.

5) Suntikan (Lethal Injection ) : Dijalankan dengan menggunakan 3 bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak.Selepas itu, Pancuriom Bromida akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan.Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung akan berhenti berdenyup.

6) Gas beracun : Pesalah akan diletakkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik+potassium cyanide) yang dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin badan.

7) Kerusi elektrik: Dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas di mana pesalah dikehendaki duduk diatas kerusi dan badan serta kepala pesalah akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik.

8) Tembak : Dilakukan oleh lima penembak tepat. Sebahagian daripada penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak dketahui.

Aku rasa kerajaan Malaysia cukup prihatin pasal benda ini dan hukuman gantung tu the best way berbanding dengan kaedah yang lain.Sebab kalau kau ushar balik, semua lebih kepada penderaan sebelum kematian.Dalam Islam kita tak boleh menyeksa mayat bukan.Tak kira la bangsa apa pun, kita mesti tak suka torture-torture ni.Tak baik tau even pesalah tu buat jenayah besar mana pun.Kalau nak bagi mati, bagi mati terus.Kan senang kerja.

Nasihat aku, jauhilah jenayah berat kalau tak nak kena hukuman gantung.Peace no war.

p/s : Dulu time aku kecil, ada rancangan kat TV3 tajuk 'Tirai Besi'.Takut wooh..

13 comments:

mamma mia! said...

mahu mati with one piece of body. x maw mati in pieces.. oh no... dan mahu mati dlm iman jugakkk

[z@ck] said...

small the pieces je tu.aiyoohh..gua merepek sudeh.

QisTina said...

mak ai,
post pasal mati ker?
huhu..
takut ar..

[z@ck] said...

bukan pasal mati tp hukuman mati.jgn takut untuk mati. =)

Mr Daha said...

aku rasa gantung pun seksa gak.. yg paling senang ialah tembak kat kepala kot. Baang!! n u die.. hu3

Att said...

wah daha..ko ni horror gak..dlm islam mmg hukum gantung cara paling afdal kan? x seksa mayat..
haih takoot

akudinda said...

ini baru hukuman di dunia...
di akhirat tak tau lagi mcm mana...
hukuman di dunia pun dah nampak ngeri...

[z@ck] said...

mr daha : pergh..ganas ko daha..ko ingt citer james bond ke..hihihi

att : btol2..stuju ngn att..hukuman plg afdal dlm islam

akudinda : sama-samalah kita bertubat..

~salwaredzuan~ said...

gantung adalah cara yg plg senang untuk mematikan.that is why we adopt this method.mcm kerusi elektrik tu, pnh terjadi (lupa negara mana) tgh2 nk execute hukuman tu, tiba2 takde letrik. the same goes to lethal injection cos each person is different when it comes to how their body weaken resulting frm the lethal injection.some takes 10 seconds..for some it cud take up to 2 minutes in which i personally think sgt2 torture.

[z@ck] said...

salwaredzuan : ouh..ye ke..huhuhu..br tahu..seksala kalo cm tuh..

milimilo said...

cara2 yg lain tu lebih kepada kekejaman..xpatot gak org yg wat salah tu kne trok2 xstimpal dgn slh die..

dulu pnah debate psl tajuk death sentence should be abolished..

:)

[z@ck] said...

milimilo : pas2 sapa menang? gomen or opponent?

pencinta kedamaian said...

takutnye!!
huhuh

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger