Online users

Follower

Tuesday, October 6, 2009

Berkawan

Kami memang open bab-bab relationship ni tapi tidaklah sampai ke tahap bagi keluar sesuka hati tengah-tengah malam. Orang tua selalunya pantang kalau dengar yang anaknya dah ada pakwe or makwe. Tapi, selalu si bapa yang akan terlebih risau kalau si anak perempuan dia dah ada bf. Takut tak dapat jaga diri dsb.Walaupun dia tak tunjuk, tapi sebenarnya dia kisah. Si emak pula lebih kepada menyokong anaknya.Style rileks saja.

Teringat kisah waktu raya baru-baru ni.

Aku : Mak Ndak, satay ada lagi tak? Kawan nak datang beraya rumah hari ni
.

Mak Ndak : Ada. Banyak lagi tu. Bakar la nanti. Jamu kawan.Berapa orang nak mai?


Aku : Tak tau la lagi. So far dua orang.

Mak Ndak : Mak Ndak tak dan jumpa dia la. Mak Ndak nak p beraya Perlis pula sat gi
.

Aku : Tak pa. Its ok.

Pada sebelah malamnya.....

Kak Cik : Cam mana? Tok da approve ka?

Aku : Ha? Approve pa plak ni?


Kak Cik : Boyfriend la.


Aku :?????? ( Sungguh aku tak faham satu benda pun. Dah mula gelabah)


Kak Cik : Laa..bukan petang tadi boyfriend mai ka?Mak Ndak bagitau Kak Cik your boyfie nak datang
.

Aku : (T__________T) Erk. Hish. Boyfie pa pulak ni. Hahaha. Kawan perempuan la.

Tok bersama anak menantunya.Semua sporting habis.

Rupa-rupanya Mak Ndak salah faham. Aku maksudkan kawan itu kawan la. Tak ada special relationship pun. Dia pula fikir terbalik. Orang dulu kan guna istilah 'berkawan' untuk merujuk kepada istilah 'bercinta'. Maka, communication breakdown telah berlaku dan membuatkan satu family kecoh kononnya boyfriend baruku telah menjejakkan kaki ke rumahku dan merasa satay bakarku dan mendapat restu tok untuk masuk line. Hahahaha.

Contoh ayat :Ang dah lama ka berkawan dengan dia?
Persepsi kita
:berkawan =
kawan sekelas, kawan sehostel, dsb.
Persepsi orang tua
:berkawan =
bercinta, berjiwang karat, bercouple, dsb

Patutlah dia excited tanya pasal 'kawan' aku tu. Bajet boyfriend la kan. Sekali kawan perempuan da..Sungguhlah supportive mak sedara aku ni. I like..Hehehe.

18 comments:

izzahfarhana said...

betui2.org dlu2 pngl berkawan kalo duk berkapel tuu

sI tEDI said...

yup.. sampai sekarang pun aku masih gunakan istilah kawan tu untuk merujuk bf/gf. ekekekeke

~ceRRy beRRy~ said...

hehehe...
xpe..dpt restu awal2 kan senang :)

[z@ck] said...

izzahfarhana..
hahaha..selalunya belah2 utara ni yang pakai perkataan tu..blah2 selatan tak brapa sure la..

tedi..
oldies nya ko..hehehe

princess cherry berry...
masalhnya xda calon lagi yang oooiii

oranglidi said...

patut lah. tu rupenye istilah berkawan. hehe.. mengikut usia jugak ye?


kite dah tua nanti mcmna agaknya.

Ida Athanazir said...

sama dgn org kat kuching

org tua refer bf/gf as kawan

si anu ber'kawan' dgn si ani ani

imHepPie said...

ahaha tul2 org tua2 slalu guna bhasa kiasan..

[z@ck] said...

orang lidi..
time kita tua..xguna dah istilah kawan2 ni..maybe guna istilah couple kot..dah advance..hahaha

ida athanazir..
ye ke..ingtkan belah2 sini je guna istilah tu..hehehe.. =)

imheppie..
dorang dibesarkan dengan bahasa pujangga, klasik..2 yg trikut2 tu..hehehe

Fina said...

org2 kat tempat saya pun using the term 'kawan' merujuk pada yang spesel. so kena pandai2lah explain :)

cik lubakpink said...

ira da lme ' berkawan ngn josh duhamel'

hahaha~

Fatt Chin Choy said...

jom berkawan

hahaha

adawiah.zaini said...

xdak bf, means xdak kwn la kan? gla lonely. hahahaha

aty said...

mcm dh dpt greenlight dr semua!
haha..
tunggu apa lg..
cpt2 la bwk balik tunjuk kt tok..
ehem2..

Luth Textile said...

adoyai.. zack, dah jumpa pengganti ke?

[z@ck] said...

fina..
susah tau nak explain..nak cakap couple..takut dorang cm blur plak..hahaha

cik lubakpink..
ehehehe..klu gitu..zack dah lama berkawan dengan john statham.hahaha

fatt chin choy..
chooiiii..hahahaha

[z@ck] said...

adawiah.zaini..
ahahaha...susah kan..bunyi cam sorang2 ja kat dunia ni..

aty..
tok dah warning dah..kerja dulu br ley bw blik tunjuk..hehehe

luth textile..
tolong cari sorang kt saya..hahaha

.:lilylova2:. said...

haha
tau xpe.
nenek ak pn salu sbb kawan..kawan..
kawan beza beb ngan bcinta..
heeee

p/s: xde maknenyeh!!;P

Softtouch [Hanim] said...

tgk mcm mana kita sebut 'kawan' tu..kalu bg sebutan dia mcm lain sikit..he he he

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger