Online users

Follower

Sunday, January 10, 2010

Cerita AJL


Bahang Anugerah Juara Lagu kian terasa.Buka tv3, nampak promo AJL. Buka Hot Fm pun putar lagu yang dapat masuk AJL. Siap ada segmen khas lagi. Tak kurang juga dengan blogger. Ada yang buat poll untuk readers pilih juara AJL.Memang ini yang ditunggu-tunggu orang ramai.Macam dah menjadi tradisi pula bila masuk bulan Januari, highlight utama ialah AJL.

Teringat zaman MRSM. TV macam tak wujud dalam kamus hidup. Cewah. Asyik mengadap buku saja 24/7. Kalau nak jumpa TV pun dalam bilik rehat. Itu pun bukannya pernah buka sebab jadual kami memang pack. Tapi, bila ada event-event besar macam Final AF, AJL, kami akan minta wakil BWP usulkan permohonan untuk bagi kami tengok tv. Kadang-kadang kena reject. Maka, semua pakat sumbat telinga dengan walkman. Dengar dekat radio saja. Sungguh lah tak feel. T_T

Bila masuk maktab, kebebasan adalah hak mutlak kami. Ye lah. Zaman U dah jauh beza dengan zaman sekolah. Kita just perlu hadirkan diri ke kuliah saja. Lepas pada tu, ikut suka hati kau lah nak buat apa. Peraturan dah tak seketat dulu. Bilik TV pula accessible all the time.

Tahun lepas tengok AJL dekat maktab. Pukul 8 malam kami dah tercangak depan tv. Nak chop port best. Padahal AJL start pukul 9 malam. Excited oh. Masuk bilik TV, tak ada siapa-siapa lagi. Hahaha. See. Aku memang excited bab-bab lagha' macam ni. Makin dekat pukul 9, makin ramai yang datang tengok. Nak bikin havoc pun tak berani sebab rata-rata yang datang semunya bukan dari kos aku. Boleh bilang la budak kos aku berapa orang.

Tahun ni, tengok AJL dekat rumah. Tak perlu dah terkejar-kejar nak chop tempat. Siap boleh landing lagi. Ahaha. Statement tu saja nak bikin budak yang tengah menapak kat hostel berapi.Mentang-mentanglah aku tengah cuti lagi kan. Bolehlah nak ek. Oklah. Ini ramalan aku.

Persembahan Terbaik : Stacy
Vokal Terbaik : Misha Omar
Juara AJL : Semua layak. Hahaha.

p/s :Ada ke yang bertaruh untuk AJL kali ni? Harap-harap tak ada.Judi adalah haroomm.

28 comments:

[asam]pedas said...

sokola aizat...dier best even tak menang~

[z@ck] said...

[asam]pedas..
yup. dia ada aura tersendiri..rasanya lagu dia semuanya best..hope dia bawa pulang something malam ni..

syafawani said...

pukul 8 nak p cangak depan tv ok lagi..ada org tu pukul 6 nak p tggu dah..haha..opss..maap oshinz..kih3

Orang Senyap said...

faizal tahir..!!

supermanku.. huhu

[z@ck] said...

syafawani..
wah..awalnya..hahaha..bt banner ka? ekekeke..

Orang Senyap..
hahaha..x bis2 dgn Superman dia.. =)

angah iza said...

misha omar.....vokal terbaik :)

widda_me said...

i nak ADAM jugak menang..
dun care!!!!
klu tak menang i bakar TV3..hahaha

NeenaAnuar said...

memang setuju sgt for persembahan terbaik diberikan kepada Stacy!! Juara lagu... memang payah nak judge.. majority best2 kann..

Bungakopi said...

insan tinggi a.k.a zack..
dengar ramalan aku plak.

erk..aku tak tau kategori apa. dengarnya dah bertukar. haha. Ok yg aku ramalkan utk menang ialah

faisal tahir-bencinta
Yuna-dan sebenarnya.

Kapten Luffy said...

eh aku tak tau nak tgk ker tak

fizranier said...

akim..x pon yuna

hami asraff said...

dah 2 tahun tak tengok AJL. huhu ~ weh malam ni ada ceramah kat UIA. apa kata jom kita pi. nak nak?

Uruchimaru @ kf said...

gua sokong yg menang

Uruchimaru @ kf said...

gua sokong yg menang

RoSe_ViOleTE said...

aisshhh...
zack, sy pn mcm xdpt tgk je nih
tv kat blok skang ariel pn tare...ahahaha~~

slamat ber-AJL ye mlm neh...hihi~~

PinQib said...

ku nak stacy menang..
akim pun beshh,
wehh
memang jelesss ahhh

nk landing dpn TTV gaakk

nur 'adli azhari said...

faizal menang!

cik EPAL said...

nak tengok stacyyy :)

avid gunner said...

zaman mrsm memang mcm dok gua..pak lah jadi PM pun tak tau.

sI tEDI said...

zaman aku budak2 dulu muzik2 ni besh.
sekarang kalau terasa oun AJl je lah

~ceRRy beRRy~ said...

ifa nk stacy menang persembahan...

tp juara
mau ALYAH!!!! =)

Judiene said...

weyh, aku xdpt tgk r weyh
kuang ajaq hang naa!

Zamz said...

aizat gak menang haha

angah iza said...

x dpt tgk AJL...dgr kat radio je..
:(
kemain lg hang komen artis 1 persatu ek..da sesuai jd wartawan hiburan ni.

Redbloodsnow said...

dh taw dh sape juaranya...hikhikhik :P

Redbloodsnow said...

dh taw dh sape juaranya...hikhikhik :P

Redbloodsnow said...

dh taw dh sape juaranya...hikhikhik :P

noharanutdya said...

suka yuna. sempoi je. dpt trofi dia boley menari chumel

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger