Online users

Follower

Friday, March 19, 2010

Full dress rehearsal

Pagi ini aku ponteng workshop ALIN. Memang dah tak mampu nak bangun pagi sebab terlalu letih semalam sehari suntuk berlatih zapin. Sorry Laila Faisal. I tak pergi workshop you. T_T Masih ada lagi part zapin yang aku tak dapat tangkap. Esok dah nak perform weyh. Serius cuak. Doakan kesejahteraan aku di atas pentas esok. Kalau menari cantik, aku post video kat sini. Kalau tak ada tu, maknanya tak cantik la ye.

Semalam juga dah full dress rehearsal. Mak oi. Kelam kabut cek nak tukaq baju. Disebabkan dalam lagu Kurik Kundi banyak tarian, maka baju pun berbeza. Untuk first part, aku pakai baju joget then kena tukar baju untuk tarian dabus pula. Gap masa antara dua part tu tak lama mana. So, memang kena cepat tukar baju. Mujur ada Kam (my dabus dancing partner) yang tolong sarungkan baju untuk aku. Kalau tak, memang spoil.

Make-up pula akan diuruskan oleh Hana Zainal dan a few of her friends.Ini paling nightmare bagi aku sebab aku jarang nak pakai mekap tebal-tebal ni. Tak pernah nak pakai saja-saja. Untuk event besar pernah la.Itu pun sendiri taruk. Mild-mild je. Dorang try put on make-up kat Anne dan hasilnya, wow dari jauh. Kalau dari dekat, tak wow.

Here are some pics taken from Nadiah Zainal fb.

Tarian piring.

Muka jaga step. Huahuahua. With Kam, my dabus dancing partner merangkap presiden WMSO.

Semenjak dua menjak ni, muka blogger ni selalu muncul dalam blog aku.Angkat bang jangan tak angkat.

Full dress rehearsal. Partner I yang belakang tu. Kacak kan? Hehe.

Malaysian dancers. Woh. Feeling macam artis Istana Budaya pulek.

Proud to represent Malaysia for the Asean Night. Mari sama-sama kita buat yang terbaik untuk Malaysia.Malaysia Boleh!

16 comments:

intan izani said...

wah semangat betul nak joget ni
bagus2
jgn salah step ye..

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

wohooo.. jgn lupe kenyit2 sket partner u tu zack. haha..

mUnie UncLe hUsin said...

kim salam kat partner KACAK!
hee~

[z@ck] said...

intan izani..
insya-Allah.. =)

oshinz d senorita..
mustiiii! hahaha

munie uncle husin..
orait.will do.malam ni kim salam. =)

QisTina said...

go zack!
hang boleh punyerrr.

sasha* said...

kaka kene control ayu tu :P

mysara newrie said...

alah Kak z ~ post je lah vdeo tu nanti! nak tgk. hehe

*f@ryh@* said...

zack..kami smua p jadi penyokong esok tengok hangpa smua mnari yea..cayok zack..control ayu k..nk record video

Acancapik said...

good luck zack... huhu...

adaNiff said...

wow. partner KACHAK..! hee~
all the best ZACk.. kalo rajen sila upload anda menari-nari tu kat YouTube. heheh...

sI tEDI said...

good luck dear!

Dee said...

bestnya menari..good luck ye zack..

.: ♥ Vintage :. said...

waaaa dah ada lagu rupanya! bagus2!

AkU said...

amboi zak..segak hg noh..bgoih..lalalala...

deus X machina said...

selamat berjoget
erk888

yusuf mujahidin ™ said...

goyang inul satooo...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger