Online users

Follower

Sunday, May 9, 2010

Mama, selamat hari ibu.

Hari ini Hari Ibu.Aku tak tahu nak wish kat siapa. Rasa agak kaget nak call tok dan cakap Happy Mothers Day. Entahlah. I am not so close to her compare to my younger sister. Time aku duduk dengan dia, umur aku dah 16 tahun. Dah besar. So, bond antara kami tak rapat sangat. In fact, aku pula duduk asrama dan jarang nak balik rumah. Hati sedikit terusik tengok kawan-kawan yang lain buat special dedication untuk mak masing-masing di FB.

Kalau mama masih hidup, nak sangat aku peluk dia puas-puas dan cium pipi dia banyak-banyak. 11 tahun aku bersama dia, rasanya tak cukup puas lagi aku merasa nikmat kasih sayang seorang mak. Dia manjakan aku. Kalau pergi market, mesti dia akan bawa balik seplastik kulit ayam untuk aku. Aku memang gemar makan kulit ayam goreng. Tambah-tambah bila mama yang gorengkan. Sedap.

Dalam kelembutan, ada ketegasan. Tak semua benda yang aku nak dia akan turutkan. Pernah aku minta rollerblade, mama tak nak beli. Dia cakap main je lah batu seremban ke, congkak ke, galah panjang ke. Roller blade mahal. Mama tak ada duit. Aku melawan mama. Aku terajang cermin almari sampai pecah. Menangis meraung macam orang histeria. Mama tampar kaki aku. Aku meraung lagi kuat. Sembunyi belakang kusyen. Mama dah tak sayang aku.

Bila mama sakit, sebelah mata kena tampal dengan cotton sebab dia silau. Ika menangis takut tengok mama macam tu. Sedih sangat. Bila penyakit mama makin teruk, ingatan dia pun makin lost. Sampai satu tahap, dia dah tak cam kami adik beradik. Dia tak kenal siapa aku. Bayangkan je lah perasaan aku time tu. Menitik juga air mata aku bila mama tanya aku ni siapa. Bila aku cakap aku Zafirah, anak mama, dia angguk-angguk saja. Sedih sangat-sangat!

Setiap minggu, kami bergilir temankan mama buat kimo. Tuhan je tahu perasaan aku bila tengok rambut mama semakin gugur akibat kesan kimo. Mama memang perlukan moral support dari anak-anaknya. Mama sentiasa senyum walaupun dia sakit. Maybe dia tak nak tunjuk yang dia sakit depan kami. Tapi aku tahu dia menderita. Tak sanggup aku tengok keadaan mama yang makin hari makin kurus. Sedih sangat-sangat!

Memori aku tentang mama takkan padam. Aku redha dengan pemergian mama. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Tuhan tarik mama dari kami, tapi Tuhan berikan kami nikmat kasih sayang dari ahli keluarga yang lain. Malahan, berlipat kali ganda nilainya.Walaupun kasih sayang mama tiada tandingan, aku tetap bersyukur.Sekurang-kurangnya aku tak dicampak ke rumah kebajikan. Masih ada yang sanggup menjaga kami.

Mama, selamat hari ibu. You're the greatest mom in this world. Love you.

20 comments:

nora said...

alie faham

kita berkongsi kisah yang hampir sama..




take care zack..

=)

Hizami Li said...

zack,
really?
sorry to hear that.
hurm.
alhamdulillah.
hidup kamu sekarang okay.
;)

Anonymous said...

be strong, zackkk!
i know, if youre mom still alive she would be really2 proud of you... :)

I_Hate_Lolipop said...

kau buat aku nangis... (T_T)

al-fatihah

Ms. Shy said...

Pirah,
Tuhan jemput mak hang dulu pasal Dia sayang,
pasal Dia taw hang kuat,
Hang ada inner strength to survive,
and you have survived, and you will always will :)

Mogo hang cekal di NZ sana.
Lotsa Love from manal :)

Anonymous said...

sob2
br ku tau ko yatim sejak kecil




Latest: Santai Ahad: Mandarin Oriental

Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki

NeenaAnuar said...

adik!! we are in da same boat dear!

akak pun waktu arwah mak di saat2 akhir dia... dia dah tak kenal akak.. and family members yg lain.. mula2 tu memang sedih! tapi lepas doktor bagi tahu yg itu adelah salah satu simtom yg org sakit akan pergi.. baru akak percaya....

apa pun zack bertuah kerana masih ade yg sayang zack kan! take care dear!

AcanCapik said...

tabahnya ko zack. semoga terus tabah... Allah tu Maha Adil. setiap derita pasti ada kegembiraan menanti. =)

Cieut Nizar part II said...

zack, be strong k... insyaAllah mak hg mst bangga dgn hg dgn adik2 hg yg berjaya la nih... :)

Fatin Aliyya said...

kak zafirah...be strong.msh ramai yg syg kamu.

take care

Anonymous said...

zack terajang cermin almari sampai pecah?? huhu...ganasnye...

ok, ok..bukan nak komen tu sbnrnye

zack, doa banyak2 untuk arwah mama zack ye..moga kisah Zack orang lain boleh jadi iktibar supaya jaga mak elok2...

syahira ariff said...

sis zack
tabahkan hati
sis mesti kuat
jangan sedih2 ea sis!
terusik hati sy baca entri nie
>___<

Queen M said...

pirah..u make me cry :(
be strong..still u have ur frens who loves u :)

Mysara Newrie said...

Kak Z, sabar2. Insyallah ~ Masih ramai lagi yang sayang dekat Kak Z adik beradik. Sy pn sayang kat Kak Z lah ~ Hehe

baincardin said...

"Thank you very much uncles and aunties for the great wishes and doas. ;)" -baby Ashman. :)

Whoopz said...

M0m is like a neverending s0ng in 0ur heart.. Sumtimes we maybe forget the w0rds.. But n0t the tunes..

farieha said...

zack yang kuat..tabah ye sayang..smoga ibu2 kita berada dalam persemadian dengan tenang dan berada dalam kalangan orang yang soleh

abigemok said...

benar, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. :D Slmt hari ibu...

Unknown said...

sedihnye..u make me cry~
be strong..and i think u r strong enuf to face all that..
just look at u now..
ur mom sure be really proud of u babe.. =]

ada van de kamp said...

right here for u :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger