Online users

Follower

Sunday, May 9, 2010

Pasar Malam anjuran WMSO

Last night, ada pasar malam kat Everton Hall. Rasanya ini pertama kali WMSO buat program macam ni. Best juga. Bukan senang nak dapat merasa masakan Malaysia. Kami bab makanan ni memang laju sikit. Gerai buka pukul 5 petang sampai 8 malam. Sambutan sangat menggalakkan. Bukan orang Malaysia ja yang datang, ramai lagi international students yang lain join sekaki.Suasana sangat riuh tak ubah macam pasar malam kat Malaysia. Semua sibuk nak menjerit promote gerai masing-masing. Yang bestnya, siap ada translation lagi dalam BI. Yo lah. Mat saleh mana faham laksa tu apa. Kena la cakap rice noodles with fish paste. Er..fish paste bukan belacan ye.

Bukan nak kata weyh. Aku duduk sini baru 3 bulan dah mengidam macam-macam. Mengalahkan orang mengandung. Semua benda nak makan. Banyak sangat makanan yang dijual. Kuih muih, mee bandung, laksa, mee soto, kebab, egg tart, murtabak, roti canai, nasi ayam berempah, float, cendol dan macam-macam lagi dijual. Ikut nafsu, memang nak beli semua. Kempunan punya pasal. Tapi, bila fikir perut I ni mana celuih nak sumbat semua, beli yang mana betul-betul teringin ja. Alhamdulillah. Kenyang dapat makan kebab, mee soto, cendol dan karipap 3 biji. Erk. Banyak juga tu kan?

Err. Perempuan memang macam ni.

Garage sale pun ada juga. Ha. Mai bab ni yang cek lemah lutut ni. Tak boleh tahan tengok baju cantik-cantik, cek beli 2 helai. Baru 14 dollar. Hohoho. Murah la sebab secondhand. Aku beramal jariah ni weyh.Duit ni nanti akan disumbangkan ke tabung WMSO untuk BERSATU Games kat Auckland nanti. (Sedapkan hati)

Psst..dear WMSO, sila buat lagi pasar malam ni pada masa akan datang ye. Konfirm I datang beli. =)

p/s: Kredit to Asfan and Afiq for the pictures.

4 comments:

laila said...

haha aku pun xpenah terfikir nk translate laksa tu

ARC™ said...

belacan shrimp paste la adoiiiii.
btw, nampak sgt la gmba tu dtg dr blog aku sebab aku je yg xde keje naikkan contrast sume gmba dalam blog hahahhahaa

thanks zack

Whoopz said...

Seme ada.. Xda la rindu sgt ngan makanan kat malaysia..

ada van de kamp said...

nk abc. huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger