Online users

Follower

Saturday, August 28, 2010

Iftar besar lagi.

Sekali lagi rumah dikunjungi tetamu seramai 5 orang menjadikan jumlah isi rumah sebanyak 9 orang. Menu semalam ialah bihun sup dan bergedil. Tetamu pula bawa paprik udang, telur dadar,sup sayur dan tiramisu.Kenyang makan sampai sengkak perut ni haa.Maaf, gambar makanan tak sempat nak snap ekoran masing-masing macam pirahna. Ada yang tambah sampai 3 kali.Suka betul tengok orang lalu makan ni kan.

Sesi 'tazkirah'

Rumah aku ni kalau tak ada tetamu, memang sunyi la living hall tu.Masing-masing lebih suka berkurung dalam bilik. Bila ada tetamu, baru la nak kumpul kat situ.Sama juga macam solat terawih.Ikutkan boleh je nak buat jemaah setiap malam tapi disebabkan masing-masing ada style solat terawih tersendiri.Ada yang nak baca Quran dulu, ada yang solat 4 rakaat, lepas tu rehat dulu baru sambung, ada yang style direct. Maybe sebab tu kot lebih senang buat sendiri.Nak pergi surau memang tak mampu.Sejuk nak meredah kegelapan Welly ni.Bila ada tetamu, berjalan jugalah jemaah.Tambah pula bila ada lelaki yang jadi imam.Rasa lagi berkat solat tu.Hehehe.

Jemaah perempuan.

Thanks to Juwe, Apih, Azu, Ammar dan Bubu for the lovely iftar. Lain kali kami pula bertandang ke Edu ye. =)

13 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

aku dah teruja nak tengok gambaq makanan dah tadi~

^^

[z@ck] said...

LORD ZARA..
tak sempat tgkp der..

Hizami Li said...

haha.
rajin betul iftar dia.
:)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

perghh..best. first time puasa kat sana, seminggu sekali iftar besar2, sama brothers dan sisters dari india, pakistan, bangladesh. hahaha.kenangan la plak..

[z@ck] said...

Hizami Rahim..
hehe..syok menjamu orang =)

Danial Ikhwan Jaafar..
kat sini banyak geng Somalia..tapi tak duduk area sini..area Kilbirnie..jauh.iftar sesama Malaysian je lah =)

Sharinginfoz said...

seronok kan ramai2

[z@ck] said...

Sharinginfoz..
yup yup =)

hans said...

hahahaha
betul2
macam aku juga
bila bulan puasa nih susah sikit nak snap pic gambar makanan
sebab makan dlu
dah xfikir nak snap ke tak
hahaa
kalau bukan bulan puasa okay jer aku suruh kawan2 aku snap kan

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

[z@ck] said...

betul tu..kira nak pelahap makanan dulu..tak tengok kiri kanan dah =P

MieZa said...

wah..mesti seronok kan??

[z@ck] said...

Mieza..
yup =)

Kap said...

eh.
dah ke kanan.
terima kasih ya.

[z@ck] said...

Kap..
sama-sama =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger