Tips nak keep on update, koreklah balik hutang tag yang dah berkurun tak terbuat tu.At least kalau dah mati kutu tak tau nak update apa, boleh jawab tag.Hahaha.
Ini nak jawab tag dari Wanie.Actually ini contest.Tapi aku buat macam tag la ye.Tag pasal TEMAN SEJATI. Nak dikira kawan sejati since kecil memang ramai.Susah nak define SEJATI.Bagi aku perkataan tu melambangkan kawan yang sanggup bersusah payah bersama.Gelak sekali.Menangis pun sekali.Jemaah la katakan.
So, meh aku senaraikan wajah-wajah teman sejatiku.
Kamil, Ped dan Nun.Ini besties since Tajuddin.Sampai sekarang pun still contact.Kalau berjumpa, hingaq satu mall.Pung pang pung pang bersembang.Kalau keluar ke Alor Setar, menu wajib ialah claypot Pacific.Kalau tak pekena, rasa tak lengkap hidup.
Faten.Bestie time kat MRSM dulu.Rasanya kami mula rapat since join BWP.Time tu kami ada adik angkat lelaki batch yang sama.So, kalau nak 'dating', masing-masing tolong take turn cover line.Hahaha.Kalau ternampak kat warden bertugas, boleh kena tangkap oh.Tu yang undercover kalau nak berjumpa.Al-maklumlah, BWP kena rekod bersih.Tak boleh dating mating ni.
Masuk maktab pula, paling rapat dengan mereka ini.Wan, Ada, Ky, Kema dan Elin.We are the darlings.Macam mana boleh rapat pun tak dapat dikenalpasti sampai sekarang.Nak kata satu blok, tak juga.Nak kata satu kelas pun tak juga.Tiba-tiba jadi geng pula.Kalau nak pi mana-mana pun, mesti tak lupa ajak semua.Takut kang ada yang berkecil hati.Kita kena saling menjaga hubungan kan.Ini memang well-blended punya geng la.Mai dari merata ceruk.Kedah,Perak,Nogori,Terengganu dan Selangor.Depa ni la yang banyak bagi semangat kat aku.Susah senang kita bersama kan.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
(Riwayat Al-Tabrani)










10 comments:
huhu..bestnya kn ada kwn2 yg macam nih..susah senang sama2..huhu
ak miss kawan dr mrsm gak zackk.. camne ni T_T
Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!
Blogging boleh dapat kanser?
Magibon, makhluk comel
tiba2 rse cm nak wat entry jejak kasih lak psl member2 lama neh
huhuhuh
susah nak cari kan?
best nyer...
lamer dah x kuar ngan member2 lamer..
cantik la baju ko zack
Jom Vote Video Best - Video MCdonald Contest ;) Click Here Vote For Me!
alhamdulillah
setakat sekarang aku masih ada kawan yang boleh dikategorikan sejati
P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!
faten tu cntik!
ai kagum~~
kwn sejati... best bila bersama2.. ((:
kak fatin kat ne skrg eh?
Post a Comment