Online users

Follower

Friday, September 3, 2010

Ketupat jantan dan betina.

Nak ole-ole dari New Zealand? Meh join Raya Sakan Contest. Klik [sini]

Hip hop oh tok.Pakai cap balut ketupat yaw.

Nah...Rupa tok haji secara ekslusif dalam blog cucu dia.Siap pakai bedak sejuk lagi.Gambar raya tahun 2008.Selalu yang kena balut ketupat ni muka aku, Malia dan Mak Su.Tapi tahun ni hilang la sorang AJK balut ketupat.Tinggal la dua beranak setia membantu tok haji di dapur. Tok kejam juga kadang-kadang.Dalam sibuk , dia boleh gelakkan aku dengan Malia sebab ketupat kami selalu jadi ketupat betina. Tak jadi jantan macam dia buat.

Ketupat palas made in Titi Gajah.Dah bercampur betina jantan.

Oh ya.Kalau yang duduk belah Utara ni mesti dah familiar kan dengan ketupat daun palas.Tak salah balut cara betina or jantan.Cuma kalau yang jantan tu, lebih kemas,Lebih kejap.Tendency nak masuk air time direbus tu sedikit berbanding ketupat betina. Jangan ingat ketupat ni ada kem***an pula naa.

Gigih aku mencari gambar nak tunjuk kat korang.Nampak tak perbezaan dua ketupat ni? Yang kiri ialah betina dan kanan ialah jantan.Ihsan gambar dari [sini]

So, lepas ni kalau nak mai rumah sedara belah Utara ni, bolehlah nak eksyen 'Aku tahu ketupat ni.Ketupat jantan/betina kan?' sambil kembang kempis hidung.

13 comments:

cha said...

lepas ni i bole request klau dtg rumah u nk ketupat jantan atau betina haha.oh i tak pandai anyam ketupat T_T

Softtouch [Hanim] said...

ketupat palas kan tu...xtau plak ada jantan betina

ana ayesha said...

ana suka mkn ketupat palas dgn serunding. ketupat palas pun ada jantina

Cheq Tun said...

tiap kali buat ketupat ni, mak aku mesti perli memanjang ketupat aku asyik betina je.Bapak aku lg ek" pejam mata je buat ketupat palas jantan"
balik ni duduk bersila anyam ketupat la...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

aku suka makan ketupat daun palas ni!

eDdY said...

ader plak jantan betina nyer..haha
i loike ketupat palas...(^^)

MieZa said...

huhu aku pernah dengar jantan betina. tapi tak tahu lak beza jantan dengan betina, tapi sekarang dah taw =)

Dee said...

tang balut ketupat palas ni kak dee mmg terrer..kak dee buat jantan je tau..yelah..kalo buat betina mak kak dee sound baek pya....cantik sentil hang..hahaha..

eLLy said...

ketupat daun palas gak ye sedapp kan :) hehhehe tak sabar nak balik raya nie

Peri PiA said...

akak pon kenal nih,half breed kelate

mek ak kat sana msk ni ler pagi raye

cicah manisan,rendang

lame xblk kelate

Hani said...

hehehe..best wat ketupat nie..saya blaja dgn tok sy...terbuat ketupat betina mmg x bleh nak elak..hehe..kena buat balik la lepas tue..

*selamat hari raya zack! =)

Queen said...

suke gile ketupat nie..ta[i tak tau plak ade jantan betina..ahahah

plain83 said...

hahah aku suka buat ketupat palas betina, mak aku perli kata salah, padahal bagi aku la, no problem sbb kami stei kukus ketupat, tak risau banyak air masuk, stakat stim jer tadak hal balut ketupat tak kemas, tak simpul kat hujung dia pun... sedap srupa tu jugak yaw~ :p

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger