Untung Pak n Save hari ini. Ada tiga budak Malaysia borong coklat tak ingat dunia.Kes nak bawa balik Malaysia as souvenirs.Memang penjimatan berganda beli kat Pak n Save sebab harganya lebih murah berbanding dengan mall lain.
Ini haa tiga budak Malaysia tu. Excited borong coklat.Siap angkut dengan kotak sekali.Aku dah beli hari itu.So, kali ini tak angkut banyak pun.Kalau bukan sebab Whittakers ini coklat NZ, tak dak pasai nak bawa balik Malaysia.Ini saja nak eksyen kat orang kampung.
Lama jugalah kami stop kat bahagian coklat ini.Masing-masing duk buat kira kira berapa banyak coklat nak kena beli.Pula tu, confuse nak ambil flavour apa sebab banyak sangat pilihan.Ada yang ambil lepas tu letak balik.Duk tak lama lepas tu, datang ambil balik.Rasa macam tak cukup.Hahaha.Siap buka list nama lagi nak make sure tak ada yang left out.Bagus kan dorang ni.
Untuk mak,pak,pak long,pak ngah,mak usu, mak tih,sepupu sepapat,best friend,kawan FB,kawan maktab,jiran sebelah rumah, mak cik rumah sewa bla bla bla.Banyak sangat sampaikan orang yang lalu lalang tengok tak lepas troli kami.Gamaknya dia fikir kami nak buka mini store kot.Hahaha.Murah weyh coklat ni.Satu bar $3.34 sajork.
Rugi siapa yang tak makan coklat.Hilang satu nikmat dunia.Bahahahaha.
12 comments:
amboii~ sakan shopping nihh..
byknya shopping coklat...meh la sini satu.. ;-)
aisumi Chan..
hutang kat dia satu kan =)
Syamila..
hehehe..bukan portion saya..kawan punya
kenapa kalau org perg NZ ke OZ ke mesti balik bawa balik choc?
BeaN NorENo..
maybe sebab choc murah dan label choc tu tak ada kat Msia..just ada kat NZ and OZ
wui sedapnya..nak satu!
ngee!! rugi xjadi awek dorang, hahaha! kalau x dapat berlmbak cokelat nnt.. haha
nak jugekkk...
nak stu gk...shedap nyr
ak setuju.whittakers memang awesome.sape xmkn coklat memang rugi besarrrrrr.
Dee..
hehehe..coklat mana tak pernah sedap =P
Cik Aien..
agaknya kalau jadi awek dorang, bukan coklat je dapat.handbag,perfume konfirm dapat juga!
z..
=P
diba..
hehehe..jenuh la aku nak bagi kat suma org.
sizuka[izzati]..
hehehe..btol! rugi gilaaaa
seb baek org tu x kate ko nak seludup coklat nih..hehe
Post a Comment