Online users

Follower

Wednesday, October 13, 2010

Kelmarin.

Time kecil dulu aku selalu confuse time bila nak guna perkataan 'kelmarin' dan 'semalam'. Bagi aku dua dua sama ja.Tak ada beza.Tiba-tiba aku teringat satu kisah waktu aku darjah 2.Time tu memang tak tahu apa lagi pun.Kena buat karangan BM. So, aku dengan confident nya guna perkataan 'kelmarin' macam ni:

"Pada cuti hujung minggu yang lepas, Kelmarin dan saya telah pergi ke Zoo Taiping"

Noooh.Teruih kena panggil dengan Cikgu Faiz. Dia bantai gelak dulu sebelum terang kat aku apa yang aku salah. Sungguh aku ingat 'kelmarin' tu nama orang India. Damn.Malu gila kot. Start dari situ la aku tahu 'kelmarin' tu refer pada benda yang dah lepas. Balik rumah aku cerita kat pengasuh aku.Dia pun bantai gelak kaw kaw punya. Moral down sehari suntuk sebab aku antara yang pandai dalam kelas.Jatuh la reputasi bila kena tegur dengan cikgu.Hahahaha.

But still sampai ke besaq aku confuse lagi 'kelmarin' dan 'semalam'.

10 comments:

Mashe said...

hahahahaha.... naseb baik x da budak india nama 'selmalam...'

oshinz said...

kalo tak silap aku, semalam tu sehari sebelum hari ni. kelmarin pun boleh jadi sehari sebelum hari ni dan kite bleh guna perkataan kelmarin untuk refer kepada kejadian yang dah jadi beberapa hari yang lepas. emm.. camtu la lebih kurang.

eDdY said...

pendapat aq
semalam adalah semalam...
tpi kelmarin adalah 2 hari lepas...
ini lah pemahaman aq selama ni...
tpi mmg pelik gak kadang2...
sbb ader org yg guna kan kelmarin sebagai semalam...huhu

tpi lagi pelik kalo kelmarin leh jadi nama org..haha...just kidding..(^^)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

kah kah kah..aku gelak kan hang zack :p

Queen M said...

pirah,bkn bg org kedah,kite gune sm je ke?kelmarin means smlm n smlm pon means smlm kan kan?slalu gado ngn membe dari selatan.dorg ckp x same..huhu -_______-"

Miss Kira said...

hahahaha..
xp rsanya org kedah dua2 ayat tu sama aja..
kelmarin n semalam...
hahaha

MieZa said...

kalau aku..semalam merujuk kepada 1hari yang lepas...
kelmarin pulak merujuk kepada semalam punya semalam iaitu 2hari yang lepas...
tapi lain pulak kat pantai timur nie...semalam adalah malam tadi,dan kelmarin adalah sehari yang lepas...huhu

eLLy said...

Kemarin .. teringat lagu Zureda

cikpia said...

aku pun tatau beza sebab aku penah dok kedah, terengganu, penang, perak, johor.... SEMALAM vs KEMARIN memang sentiasa membawa maksud berbeza......

adrinaqamarina said...

sama! tambah3 kalau bercakap dengan orang dari negeri lain, kelmarin diorang tu maksud lain pulak. haish. tomorrow la senang

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger