Online users

Follower

Saturday, October 2, 2010

Raya Sakan Contest : Cip Farah

4) Cip Farah. Rakan semaktab ku.

Sakit kepala jugak rupanya nak buat model kenderaan masa hadapan. Dok bergelumang dengan span bunga, paper clay dan modelling board boleh menyebabkan kelaparan yang kronik. Alih-alih aku tinggalkan semua tu, pergi dapur, bancuh nescafe o pekat then terus tangan laju tekan mouse.
Tup tap tup tap nampak Raya Sakan Contest kat blog Insan Tinggi. Nampak kewl~.. Ingat tak nak masuk tapi bila fikir dua kali ape salahnye kan. Aku tak rugi apa pun, bahkan kalau menang dapat hadiah dari NZ. Mana nak dapat benda alah semua tu kat Malaysia der~.

Jom tempek gambar!

Gambar ni diambil lepas semayang raya kat rumah atok aku. Budak-budak ni semua dibawa oleh beberapa abang-abang hensem untuk keliling satu kampung pergi ziarah satu rumah ke satu rumah. Tujuan nak dapat duit raya tu adalah tujuan kedua. Tujuan pertama adalah nak menanamkan sikap suka ziarah masa hari raya yang dah nampak macam malap dari tahun ke tahun. Budak-budak ni semua minum air saje memandangkan rumah atok aku adalah persinggahan pertama dan banyak lagi rumah yang menanti. Jadi, harus perut itu diisi 3% sahaja setiap rumah untuk adil. Itu raya sakan mereka!

Raya Sakan versi CipFarah pula yang ni;

ha! Amik kau. Landing elok je atas kerusi dan tido tak hengat donia. Pakai lawa-lawa bukannya nak pergi beraya pun. Lepas makan satay, duduk atas kerusi tu, tetiba dah jadi lalok. Ni semua pasal projek seni dan assignments. Sape la bijak sangat prepare assignments time raya ni...... tsk tsk
Sakan jugakkan sebab gambar ni da ceritakan semuanya--> Tido Sakan Di Hari Raya.

Ni Raya Sakan versi Piju.
Description gambar; Tiada. Nak tempek jugak sebab he is so adorable!

2 comments:

Qib said...

sy pun samer jer macam cipfarah.. xda smangat nak rayerr

Jum Singgah yer
Latest entry di:

Kasih Hingga Mati
Teka movie
Shoutbox hello kitty baru.

meo said...

hahahah... comel budak tue!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger