Online users

Follower

Monday, November 8, 2010

Mussel hunters.

Minggu ni berazam nak pulihkan balik trafik blog.Kita tengok berjaya ke tak capai target tu.Hehehe.Kali ini nak cerita pasal pengalaman kutip mussel pula.Hari tu makan mussel orang yang bawakan.Tapi kali ini, sendiri turun laut kutip mussel.
Cari port tak jumpa.Kita tangkap gambaq dulu naa.

Actually kitorang plan last minit.Alang-alang dah sewa kereta untuk angkat barang, why not terus ke Eastbourne mencari mussel? Tak jauh sangat pun Eastbourne ni.Dekat ja.Dalam 30 minit perjalanan dari town sajork. Sampai agak awal kat sana.Nak mengutip mussel ni masa yang sesuai adalah time senja.Which means time air surut.Kami sampai awal.Dalam pukul 4 dah tercangak tepi pantai.Duk mencari port kat mana nak kutip mussel.Atee...yang ikut semuanya first time. So, tak dapat agak actual spot untuk kutip mussel.Yang aku pasti tempat tu ada banyak batu. Jenuh la pula mencari port yang banyak batu.Asal nampak batu ja, "Ha..kat sini kot.Banyak ja batu". Pusing tempat lain jumpa batu lagi, "Ha.Kat sini kot!" Sampai kesudah tak tahu actual spot.Lucky Wan text Elin tanya pasal port tu.Dia siap pesan lagi "Kalau air tak surut, memang korang takkan perasan pun ada batu kat situ"

Haa..Teropong jangan tak teropong.Aku ngelat sekejap.Hahaha.

Hang tengok.Tak padan dengan jantan.Nak pegang mussel pun hujung jari ja weyh.Apa daaa...

Mussel terbesar yang dijumpai.Melekat kat akar rumpai laut punya kuat.Last-last usung sekali dengan akar-akar tu masuk freeze.

Sampai ke tengah laut mencari.Kami kental.Bergaya sakan nak mai kutip mussel.Lepas ni dah tahu dah.Nak datang Eastbourne kena bawa baju spare.

Memang tak perasan pun sebab air tak surut lagi.Timing tak berapa nak kena sebab baru lepas hujan.Air tak surut tapi makin naik.Tapi sebab dah sampai, gagah juga nak kutip.Habis lenjun jeans sorang-sorang.Bubu lagi extreme.Satu badan lenjun.Dia pengutip mussel terbanyak.Seluk je tangan dalam air, konfirm dapat seketul.Seluk lagi, dapat.Jealous betul Acik.Aku dapat la dalam 4 ketul.Jadi la tu.Itu pun susah benar nak mencari.Asyik eeuww eeuww ja bila tersentuh benda licin.Well, orang bandar la katakan.T_T

Eastbourne during sunset.Cantik kan?

7 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

GORENNG PON SODAP TU MUSSEL TU

sizuka[Izzati] said...

haha kalo ak konpem jerit2 dah.takut nk seluk tgn dlm air.haha.eh benda tu mengepit mcm kepah dkt sungai tu tak?

btw cantik oh gmbr bwh tuh.ala2 majalah gituh~

Privacy_Resident said...

sedap ke menatang ni?

[s][u][e][h][a][n][n] said...

rasa mussel ni camner?

[z@ck] said...

si lampu neon..
sungguh.sodap kalau digoreng!

sizuka[izzati]..
dia tak kepit tangan ko weyh.aku tak larat menjerit dah kot.hahaha

Privacy_Resident..
sedap.rasa lebih sedap dari kerang.

suehann..
ala-ala macam kepah tapi lagi sedap.

LaYar_LaRa said...

wow!! mest best pengalaman mngutp mussel..BTW viewnya sgt nias...:)

eDdY said...

selain rebus..wat masak per lagi???

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger