Online users

Follower

Thursday, January 13, 2011

Big dillema.

Dalam dilema sekarang ni.Al-kisahnya begini.Zul ada daftarkan Bang Cik dan Ika untuk Score A online.Dah bayar siap dah.Bukan sikit, tapi RM800. So, dah dapat dah password dan user ID semua.Zul inform benda ni kat aku dan suggest tok pasang streamyx kat rumah.Dengarnya bila pasang streamyx, boleh dapat netbook free.So, he's thinking of maybe they can use the netbook to do the Score A online.

Tapi bila difikir fikir balik, bila pasang streamyx, tendency untuk dorang menyalahgunakan internet sangatlah tinggi.Tambah pula ada account FB.Lagilah tinggi kecenderungan untuk menyimpang dari niat asal pasang streamyx tu.Mungkin la dorang akan buat juga Score A tu.Tapi internet tu akan lebih digunakan ke arah yang 'lagha'.Plus, tok ni conventional sikit.Biasalah, orang tua kan.Kalau boleh, sehabis baik dia nak save elektrik kat rumah ni.Boleh diagak respond dia if kami nak pasang streamyx ni.

Bila membabitkan benda macam ni, aku suka rujuk pada orang yang lebih dewasa iaitu Pak Su.Pak Su pun fikir yang sama juga dengan aku.Takut dorang 'ralit' dengan internet sampai tak buat kerja sekolah.So, bila Pak Su pun kata macam tu, sedikit sebanyak dapat bantu aku buat keputusan sebab yang nak bayar tiap tiap bulan aku.Bukan tok.Hell no tok nak setuju dengan benda internet macam ni.Even sekarang pakai broadband pun dia bising asyik mengadap laptop ja.Inikan pula pasang streamyx.Lagi la dia berletiaq.

So, the decision is no streamyx.Biarlah susah sikit nak online.Lagipun Bang Cik dan Ika boleh buka Score A tu dekat CC ataupun makmal komputer sekolah.At the same time rasa kesian pun ada juga.Ye lah.Nak online sampai kena pergi pekan.Huhuhu.Tak apalah.Biar dorang rasa susah sikit, so that dorang boleh hargai sesuatu benda tu.Facebook tu letak tepi dulu la.Bukan penting sangat pun.Sementara aku ada kat sini lagi, bolehlah dorang nak buat Score A tu guna laptop aku.

p/s : Rugi ooo bayar mahal mahal tapi tak guna sepenuhnya.

7 comments:

Peri PiA said...

setuju..mereka lebih hargai bila ssh nak dpt sesuatu

baincardin said...

Kali ni encik Dave Hills pun suka HDR! Jom layan...^_^

eLLy said...

Biarla dorang bersusah susah dahulu :)

Riha NCL said...

zack
cuba tny yg tau pasal IT, kalau boleh block fb. maknanya boleh pasang streamyx tp xleh bukak fb.

riha rasa boleh gak cmtu. sng skit adik2 kamu nk on9. mgkn lebih kerap depa bukak score A. kalau kat cc, dgn bisingnya - x tenang nk study.

tp kalo xdak solution, x pyh pasang la.

Cik Aien said...

My mom pun dftarkan adik gurl(this year SPM) under score A. Tp tiap kali eden balik rumah, eden mmg nmpk dia ngadap score A tu, at de same time FB diselang selikan.. mane boleh jln mcm tu..

ikutkan hati, nk amik lappy and berok dier bwk balik campus eden. Even eden pun ade berok snri, tp zaman skrg studnt PASTI MESTI WAJIB akan melakukan slh guna bila dh bg kemudahan like tenet.

p/s: aku xpernh leter pnjg mcm ni dlm entry org!

atty's said...

block fb tu..suh diaorg buat score A je.

eDdY said...

adeq2 aq pon buat score a ni...
tpi biase la budak2..
mesti melencong nyer..haha

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger