Online users

Follower

Wednesday, January 12, 2011

Ikan pekasam

Credit to loveinaberry

Hari ini lunch special sikit sebab ada ikan pekasam.Siapa tak makan, memang rugi.The best in the world! Apa itu ikan pekasam? Ikan pekasam ialah ikan darat seperti ikan sepat,puyu,talapia yang diperamkan dalam beras dan garam selama beberapa hari sebelum boleh dimakan.Rasanya masam dan masin.Selalunya aku makan pekasam talapia.Kalau ada pekasam,memang tak cari lauk lain dah.Makan dengan nasi kosong pun sedap.Bagi yang tak tahan bau masam,bare with pekasam.Sebab pekasam punya bau memang 'semerbak'.Tapi bila digoreng, itulah bau paling sedap didunia.Memanggil manggil untuk dimakan.Hehehe.

p/s : Pekasam lebih enak dimakan kalau digoreng bersama bawang.

17 comments:

apezs shah said...

salam

nah sedap gilerh kan.. perkasam ni mmg banyak di tempat/kg. apezs ni.. mmg sedap kalau makan dgn nasi kosong pon..;)

*air liur meleleh dah ni.

eLLy said...

adoiii hang buat naya laaa.. cheq dah terlioq nie .. mana nak cari ikan pekasan kat cuni.. pasar tani pun belum tentu ada...

Softtouch [Hanim] said...

perghhhh...sedap...akak makan tp kat cni mcm ssh nk dpt jer...kene balik kg kat belah perak n utara br dpt..

atty's said...

shedapnya , kalo dpt ni mkn ngn nasi panas2..layan..

Peri PiA said...

oh my saliva

cik selamah kundang said...

goreng garing tmbah kicap.setel.lazat

[s][u][e][h][a][n][n] said...

hang ni bab tunjuk makanan mmg la kan :p

baincardin said...

ikan pekasam ni leh gak buat hdr kot..hehe..^_^'

*HDR on animals! Jom layan...^_^

Qaish Nur Mikhael said...

nak pekasam,mai jer kat umah saya..

saya buat IKS proses pekasam.. hehe

yang ironinya, saya bukan peminat pekasam.. haha

eDdY said...

waaa...my fav...hehe

MieZa said...

aku tak pernah try taw..takut nak cuba...hehe

Ayshah Abdul Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Ayshah Abdul Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Ayshah Abdul Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Ayshah Abdul Rahman said...

sukee . my mom pon suke :) tapi kitorang org joho tak taw nak cari kat mane. pernah jumpa sekali kat supermarket, tapi mahal . around rm20 kot $.$

Faaein Himura said...

lama dah tak makan ikan pekasam ni.. bau dia memang 'power'.. hahaha..

.: ♥ Vintage :. said...

kini kembali dengan semangat baru!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger