Online users

Follower

Sunday, January 2, 2011

Restoran Lubuk Buaya, Langkawi.


Kak Jaja promote makanan kat Restoran Lubuk Buaya sedap.Maka, kami pun try.Waktu sampai kat restoran tu, orang sangatlah ramai.Memang nampak meriah sungguh la.Elok ja kami duduk, orang datang hantar menu.Dah tu, dia cangak tunggu kami order.Laju sangat pun payah weh.Tercengang sekoq sekoq nak order apa.Dah la tak biasa makan kat situ.Dengan budimannya, kami 'halau' dia dulu.

Kami decide nak makan besar malam tu.First time ever order siakap 3 rasa.Yang specialnya kedai ni,kita sendiri yang pilih ikan.Dia akan bawa kita ke satu table yang dorang dah letakkan segala seafood.Tinggal nak pilih dan timbang.100 gm RM 4.50 if tak silap.Agak malu juga la tak ketahuan ikan siakap yang mana satu sampaikan abang tu terpaksa tunjuk.Dah tu nak memilih yang segar pun susah.Tak tahu kriteria segar macam mana.Nasib baik Malia ada sikit pengetahuan pasal ikan segar ni.Pilih yang mata putih.Hohohoho.Tang situ nampak kami sedikit intelligent ye.Sikit je lah.Still tebai muka dengan brader tu.

Udang masak cili

Siakap 3 rasa

Sotong celup tepung

Servis memang laju.Itu yang buat orang tak putus putus datang kedai ni kot.Pekerja dorang efisien.Tabik la dekat tukang masak mampu handle order yang banyak.Kalau aku, tobat dah gelabah ayam.Overall, tip top makanan kat sini.Harga pun berpatutan.Bayangkan harga untuk 4 kepala makan lauk lauk di atas dan air baru RM77.Murah weh.Kami bajet RM100.

Malia dan Wan

So, kalau pergi Pantai Chenang, jangan lupa singgah Restoran Lubuk Buaya ni ye!

9 comments:

shark said...

tinggal sket udang masak cili tue
sodap tue

Sweetie said...

kat tanjung dawai pun ada warung makam seafood yg sedap! sweetie dah banyak kali pergi.

eDdY said...

waaa...murah gak ek..(^^)

yusuf mujahidin ™ said...

udang tu nice...perhh
tliuq

Orang Senyap said...

peerrgghh.. terliur jer tengok.. huhu

kita nak join skali aritu, xnak kasik.

MieZa said...

terliur tengok udang..hoho dasar suka makan =P

Deqna said...

sedapnya...

lubuk buaya? ada buaya tak? takutt..

ASaDa RyutaRo said...

cam best giler je.. dari atas bawah ke bawah.. semua pasal makan..

heaven giler lah kalau ada kat malaysia...

[z@ck] said...

shark..
dah jadi bahan kumuh dah pun.hahaha

sweetie..
ya ya..penah makan dulu time kecik.hehehe

eDdy..
yup..memang murah pun weh!

Yusuf Mujahidin..
nice kan? =)

Orang Senyap..
hey..mana boleh join.untuk all girls je tau..

Mieza..
betul! =)

Deqna..
tak ada buaya sis..simbolik je nama tu.hahaha.mungkin merujuk kepada nafsu kita seperti buaya bila makan kat situ.hahaha

Asada Ryutaro..
hahaha..memang nmpk sgt aku balas dendam kan?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger