Online users

Follower

Wednesday, February 23, 2011

Selamat sampai di Welly =)

Salam.Alhamdulillah.Selamat sampai di Wellington petang tadi.Perasaan, lega selepas berkali kali kena check in.Padah ambil transit flight macam ni la.Lepas kat Melbourne, Auckland.Untuk pengetahuan semua, pemeriksaan kastam dan immigresen NZ sangatlah ketat.Tak boleh bawa masuk sebarang produk tenusu, tumbuh tumbuhan, dan kalau ada bawa any food, better declare or else you'll be fined.Bawa maggi pun declare je yok.

Berkenaan dengan gempa bumi di Christchurch, keadaan di Wellington terkawal cuma peringatan untuk bersiap sedia menghadapi gempa bumi telah dikeluarkan oleh pihak Malaysian Student Council (MSC). Kami diminta untuk mengasingkan dokumen penting dan sedikit barang makanan ke dalam beg yang lain in case gempa bumi jadi lagi.Bila peringatan dah keluar, agak cuak juga sebenarnya.Ye lah.Wellington ni kat hujung North Island.Dekat dengan laut dan paling hampir dengan Christchurch berbanding Auckland dan region lain.Apa-apapun, diharapkan korang semua dapat berdoa supaya kami semua selamat di sini dan tak ada gegaran lagi selepas ini.Amin.

Will update more stories afterwards.Been busy unloading things from the bag.Banyak kerja!

p/s : Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya disini.Keep praying for us =)

5 comments:

eDdY said...

alhamdulillah..dah sampai...
take care beb..(^^)

eLLy said...

alhamdullilah.. dah selamat sampai

Ucapan dari ku :
Selamat mengemas beg ;)

Kap said...

bersedia dengan sayap bidadari sekali, ok ;)

sizuka[Izzati] said...

take care zack~!

Peri PiA said...

syukur la,tgk berita tu terus ingt z@ck

nsb baik akak ingt z kat Wellington

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger