Online users

Follower

Monday, May 23, 2011

Borong make up.


Aku pernah cakap kat entry yang lepas lepas aku ni bukanlah yang jenis suka make up. Untung time ada event besaq sikit baru nak berwarna muka aku ni. Baru baru ni ada buat sale perfume and cosmetic. Ok. Hajat di hati nak tengok perfume. Kalau bagi pilihan antara perfume dan make up, I would go for perfume. Tapi entah macam mana entah. Kali ini kaki ni ringan ja pi belah make up. Memang tak pandang dah perfume. Mungkin untuk yang first timer, tengok perfume syok la. Sebabnya setiap tahun perfume yang sale jenis yang sama ja. Aku target nak beli Escada Marine Groove tapi non ado. Kecewa.

Untuk mengubati kekecewaan, beralih arah ke bahagian make up. Sangat banyak. Naik juling mata cek. Kalau nak sebut satu satu, takkan habis. Brand bukan calang calang beb.Loreal, Maybelline, Revlon, CK. Bak kata Wan, kalau kat Malaysia, nak beli maskara pun jenuh menabung. Sekali masuk Watson, satu benda ja boleh grab.Tu pun terketaq ketaq nak bayaq. Dekat sini, depa lungguk brand tu macam kat pasar malam. Sebatang 10 dollar. Convert duit Malaysia? Ada dalam RM20 lebih. Still consider murah la.

Main lungguk macam pasar malam je kan?

Mentor kami hari tu tak lain tak bukan Wan. Nak beli make up kena ada mentor untuk dibuat rujukan. Memang fail kalau beli sendiri. Just tau yang asas ja. Knowledge pasal make up bertambah sikit time ASIAN Night Market . Tahu jugak la turutan nak pakai apa dulu. Tapi bab nak cari foundation yang sama dengan warna kulit, cek surrender. Tak tahu mana satu yang sesuai.Colour palette pulak bukan sikit. Kalau medium tu, ada skala dari 1-3. Haa. Susah tau.

Perfume.

Dan perfume lagi.

Berjanggut tunggu mak cik gebu ni cari foundation. Kulit putih sangat pun susah, gelap pun susah.Huhuhu.

Dua kali pi, dua kali jugak la aku borong. Huhuhu.Banyak mana melayang? Ada la dalam 100 dollar. Huhuhu. Tobat tak mau beli dah lepas ni. Tak pa. Untuk jangka masa panjang. Setahun pun belum tentu habis semua make up tu. Hahaha.

p/s: Beli last week, make up tu tak sentuh pun lagi.Duk kata nak main make up, tak main main pun sampai sekarang.

11 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

shopping masuk dalam baldi?!!! pergh style!

Aimi dan Pakcik Hashim said...

ko kekalkan dengan low maintenance

jgn ikut2 member

haha

[z@ck] said...

oshinz d senorita..
ha..ini kat NZ ja ada weh.kat tempt lain mana ada.hahaha

Aimi dan Pakcik Hashim..
baik! =)

Nzyrahun said...

naaaaaak :'( nak beli foundation pun mahal gegila haih

Cik Yatt said...

seronoknyeeeeeeeeeeeee

Rina said...

Mak aih, banyaknyer!!! Haha.. Mmg rambang mata sgt kalau camni.. Nasib baik kat Msia xdak, kalo tak, habis melayang $$$.. Hehe..

sizuka[Izzati] said...

perghhhh mantop.dekat mana ni zack?

eDdY said...

org laki ader beli x???..hehe...just kidding(^^)

Zuewairy said...

nak kirimmmmmm.. perfume!!

♥miSSLoLa♥ said...

omg~~ pasti gila ni kalau saya ade kat sne. huu :)

Encik Siput said...

gila perfume! sgt jeles! isskk...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger