Online users

Follower

Tuesday, May 3, 2011

Cik ti ada lagi!

Err.Ingatkan rumah kat Te Kota ja masuk tikus. Rumah sekarang ni pun masuk tikus juga.Discover lama dah tapi tak ambil tindakan apa apa sebab no harm pun sehinggalah suatu hari tu dia dah berani naik atas meja gigit plastik keropok Doritos. Flavour cheese ye kawan kawan. Cis. Sebelum ni, aku ingat cerita kartun tikus suka makan cheese hanya mitos semata.Sekarang aku dah percaya tikus suka cheese. Tak beragak la tikus ni pun nak makan Doritos tu. Lawan tokey nampak. Sampai berlubang plastik tu weh.

Disebabkan takut kena penyakit kencing tikus dan sebagainya, kami beli racun tikus. Racun tikus sini langsung tak macam racun. Bau macam sabun kambing. Bentuk kiub kiub. Aku letak kat celah dapur dan peti ais. Malamnya aku check, dah hilang racun tu. Yes! Rasa syok sebab tikus tu akhirnya termakan jerat. Dah mula rasa senang hati.

Semalam Wan cerita tikus tu masih bermaharajalela. Siap buat lintas langsung kat living room lagi.Demyou tikus. Probably bukan sekor tapi dua ekor tikus kat rumah ni. Hipotesis Wan, yang sekor makan racun tu dah mati tapi kawan dia yang sekor lagi masih hidup.Ini tak boleh jadi ni.Kena letak banyak-banyak lagi racun tu.Akibatnya, semalam aku tak berani nak hampar toto kat lantai.Takut tikus datang usik aku. Malas nak tidur kat tingkat bawah sebab sejuk.End up tidur atas sofa.

p/s: Sini tikus masuk rumah bukan sebab rumah kotor ke apa. Tapi sebab cuaca makin sejuk. Dorang suka duduk dapur dan belakang peti ais sebab situ panas. Depa pun macam kita juga weh. Tahu sejuk.Ini awat tiba tiba back up tikus ni? Huh.

4 comments:

Rozami said...

kena bina rumah panas untuk tikus. br rumah korang selamat. bijak tak aku? haha

Cikgu Tie said...

Biarlah tikus tu tumpang....tak sunyi sangat rumah.hehehe.....

eDdY said...

alaa z@ck..amik la tikus tu wat pet..hehe..just kidding(^^)

ASaDa RyutaRo said...

tikus buat lintas langsung. nasib baik bukan perbarisan dengan anak2 dia sekali. hahaha..

diorang carik makan sebelum berhibernasi musim sejuk. err.. tikus pun berhibernasi kan?

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger