Online users

Follower

Sunday, May 1, 2011

Masin

Bercakap pasal favourite ni, aku ada satu kegilaan yang melampau terhadap ikan kering. Pergh. Baru tulis dah meleleh air liur cek! Saya memang die hard fan ikan kering, ikan masin dan sewaktu dengannya. Cukup suka. Kadang kadang meratah sekor tu kejap ja. Even nasi dah habis, duk kuti' isi ikan sikit sikit sampai tinggal tulang! Ya, saya tahu effect kerap meratah ikan kering. Darah tinggi. Tapi memang tak boleh resist la benda ni.Addicted. Lagi sedap kalau makan dengan nasi putih dengan sambal tumis.Tapi tu la, kena jaga juga bab pemakanan ni.Takut tak dan tua dah masuk wad. Hilang nikmat jadi orang muda.

Memang suka makan benda masin masin ni. Terikut dengan tok kot.Nah.Salahkan tok pulek.Tapi sungguhlah. Duduk dengan dia, makanan boleh kata semua terlebih masin. Biasalah lidah orang tua kan dah hilang sikit deria rasanya. Yang duk masak kat dapur pun dia. So, setiap masakan tu akan ikut skala rasa dia. Kita orang muda ni deria rasa masih tajam.Bubuh garam sikit pun dah berasa. Tapi tak bagi orang tua. 'Tak cukup garam ni.Kena bubuh lagi'. Nah. Hentam bubuh segenggam. Pijar bibir lepas makan. Huuhuuhuu.

Baru lepas ratah ikan masin tadi.Sebab tu terkeluar entry masin ni.Hahaha.

3 comments:

eDdY said...

bahaya ni z@ck..kurang kan okay(^^)

Rozami said...

aku baca pon terliur
ikan kering feveret gak

[z@ck] said...

eDdy..
huhuhu..tengah try

Rozami..
aku pun!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger