Online users

Follower

Wednesday, June 1, 2011

Dulu dan sekarang

Toksah peduli expression muka aku. Tengok tang jerawat kat pipi tu naa.

Hari tu ada la sembang sembang dengan Juwe dan Bubu. Tengok iklan pasal Proactiv Solution, keluarlah cerita pasal kulit muka. Direct ja depa ni cakap, muka aku dulu banyak jerawat berbanding sekarang.Memang pun.Hahaha.Aku pun mulalah godek balik gambar dulu.Tahun 2009. Memang terang lagi bersuluh satu muka ada jerawat.Kalau bukan jerawat pun, bintik hitam dan parut campak. Kulit aku ni style berminyak sakan. Pantang datang bulan ja, ada la dua tiga biji jerawat keluar.Sampai satu tahap tu aku malas dah nak jaga muka.Pakai semua pencuci muka, tak juga berkesan.

Ini lagi obvious.

Sehinggalah suatu hari...ceh.Macam cerita hantu pula kan. Ada agen Rees'skin mai promote kat maktab. Dia bagi promo price untuk first trial RM50. Time tu desire nak dapat kulit cantik sangat tinggi. So, pergilah try kat Rees'skin. First time dia scan muka aku, nahaaaaii...aku pun takut tengok. Sangatlah teruk. Puncanya sebab kurang rehat dan tak jaga bab makan.Atee, memang suka makan benda berminyak dan berlemak.Actually tak elok untuk kulit.Well, I guess semua pun tahu benda asas macam tu kan.

Banyak jugalah aku berhabis kat Rees'skin. Alhamdulillah la muka aku sesuai dengan produk Rees'skin ni. Thanks to Giny, my beauty consultant sebab bersusah payah picit segala jerawat kat muka aku ni, belai aku macam anak sendiri.Hehehe.Sakit tu, toksah duk cakap la.Memang sakit pasal dia picit ja semua jerawat hang.Tak kisah la masak ke tak masak ke, asal nampak je di mata Giny tu, dia picit. Menangis sorang sorang atas katil. Huhuhu. Effect dia bukan serta merta.Yang penting kena sabar. Kalau nak terus hilang lepas buat treatment, memang tak la. Makan pun kena jaga.Minum air kosong banyak banyak. Kalau boleh, rehat kena cukup.

Latest. Dah hilang dah segala jerawat kat pipi. More fairer.Kekeke.

Ada banyak lagi produk yang aku cuba lepas Rees'skin (tak mampu nak selalu pergi buat treatment.Gua student der. Bukan anak dato'!). Nanti aku cerita lagi naa.

7 comments:

kuikui said...

aku mengalami masalah sedemikian huhu..

Unknown said...

waahh..!! semakin bergaya noks... kulit makin licin gitu... kagum mak nokss..!! hahahaha...

eDdY said...

fuyoo..mmg berkesan ek...bagus2

Mr. Asada said...

alhamdulillah tak pernah kena jerawat tahap kronik. sikit2 tu ade la.. kadang kuar sebijik dua. :D

adey manis said...

lps reeskin muka aku jd lg teruk cmne nk jawab? huhu

Kap said...

tudung lama yang nostalgik, dan low profile.

NIA said...

skang dah jelita gituhhh

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger