Online users

Follower

Friday, July 22, 2011

Tak ada rezeki nak menang ='(

Kalau dah tak ada rezeki, nak buat macam mana kan.

Al-kisahnya semalam waktu blogwalking, aku ada nampak satu iklan Yun Nam kat header blog aku. So, saja klik kat situ. Ada la contest Match & Win. Aku saja try isi segala details aku dan submit. Aku letak no phone maxis. Actually kat sini aku pakai dua hp. Satu no sini dan satu lagi no maxis. No. Maxis tu aktif guna untuk message dengan mat arep. Jimat sikit. Nak dijadikan cerita, hp tu aku tertinggal kat rumah.After balik dari uni, baru check hp dan ada 4 miss call dari no. malaysia. To be specific area Alor Setar. Dah mula risau takut ada emergency apa apa kat rumah. Tapi rasa macam tak sebab sebelum tu duk chat dgn Bang cik, dia tak cakap apa pun.

Berfikir dan berfikir. Terasa macam nak check no tu kat google. Noooh. Sah dari Yun Nam! Berdebar terus. Takkan menang kot. Macam tak percaya. Baca la balik terms and conditions contest tu. Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Dah sampai 4 kali orang Yun Nam miss call, mesti la nak bagi tau something important kan. Budak rumah suruh call balik. Aku dah lama tak topup tapi sebab benda ni, aku topup juga la superbuzz tu. Aku call dorang balik.

Line voda ni kalau call international, dia ada lag few seconds. So, bila orang Yun Nam angkat phone, aku dah hello. Lepas tu dia ingat tak ada orang kot kat line, dia hello banyak kali.Dah tu, dia duk ulang "Yun Nam Hair Care here, can I help you?" banyak kali. Aku dengar la weeeeh. Huhuhu.Lepas tu agaknya dia tension kot, dia letak phone. Huwa! Tak boleh nak salahkan dia juga sebab dia mana tahu aku call dari NZ kan.So, melepas la peluang nak merasa treatment Yun Nam.

No Maxis tu still on tapi kredit tak banyak.Kat sini kalau orang Malaysia call ke no Maxis, dia dan aku kena charge.So, kalau kredit aku ada RM6 ja, boleh cakap tak sampai seminit, dah putus.Huhuhu.Why la why?? Bukan senang nak bertuah macam ni. Tak pa la. Tak ada rezeki nak menang. Boleh cuba lagi lain kali.

p/s : Kenapa la dia tak notify through email...Huuuu

7 comments:

AzlanYussof said...

sabar2...ada hikmah nya..mana tau menang peraduan lain..

[z@ck] said...

AzlanYussof..
yup..yup.pasrah je lah.huhuhu

sizuka[Izzati] said...

pergh.kalo tak dah merasa rawatan yun nam kannnn.

pyejal said...

saya dpt call juga dari yunnam semalam. actually misscall.bila call semula one girl ckp dr yunnam. terus ckp - sorry wrong no.

rambut saya ok, lagi pun hadiah dia mesti treatment rambut etc. rm value dia Rm6xx tu..hehe. boleh pulak macam tu??

baca sini untuk entri terkini:
pyejal.theStory

eDdY said...

rezeki kot laen la tu(^^)

Anonymous said...

yup.. ade hikmah tu xmenang... dh bnyk kali gak tebaca komen pasal dis comp.. try la gogel..

Anonymous said...

sebenarnya bukan kamu yang lucky. setiap orang yang enter peraduan Yunnam tu pasti akan 'menang' sesuatu. tak kira jawapan kamu betul ke salah, diorang akan kata kamu dah menang hadiah rawatan kali pertama secara percuma. rawatan tu bukannya ada apa pun. cuma scan kepala, cuci kemudian dapat freebies sample je. lepas tu barulah 'treatment' yang sebenar. diorang akan push kamu sign up package. selagi kamu tak sign, selagi tulah kamu duduk kat sana.

saya tau sebab saya dulu pernah keje ngan diorang. telemarketers tu kena hit target kalu sebab tu banyak miss call. diorang akan call sampai kamu give up dan buat appointment. so the best way nak tolak permintaan mereka, cakap je dah jadi customer kedai rawatan lain ataupun cakap dah pindah ke Sabah/Sarawak.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger