Online users

Follower

Tuesday, September 20, 2011

Family update

Rasa macam lama pulak tak story pasal family aku kat sini. Dah lama aku tak contact tok. Last contact before start puasa. Bukan apa. Aku ni style kaget sikit nak bercakap lama lama dengan tok. Paling lama pun bercakap 15 minit lepas tu aku tak tahu dah nak sembang apa. Style 'tak ngam' sangat.Bukan 'tak ngam' yang tak elok. Cuma style tak reti nak bermanja manja ni. So not me.Hahaha.Cakap straight to the point.Kalau nak buat lawak pun, tok lambat tangkap. Maybe bagi tok benda tu tak lawak. Hahaha. Jadi memang 'tak ngam'.

Zul makin macho sekarang ni. Terkejut aku tengok album raya tahun ni.Macam tak percaya tu adik aku.Ehem. Siapa terasa nak jadi adik ipaq aku, bolehlah buat baik dengan aku.Dia solo lagi.Muahahaha. He's been busy with his study. Dia ni kaki buku sikit.Kuat 'mengaji'. Tak macam aku.Lagha je memanjang.

Bang cik pulak dah maju sekarang ni.Dah ada laptop hasil sumbangan projek 1 Malaysia Najib tu. Itu satu.Dengar cerita dah ada broadband sendiri dah sekarang ni. Hebat weh.Baru form 5 dah ada macam macam. Tak cukup dengan tu, baru baru ni angkut DSLR pulak.Memang lawan kakak.Aku pun pakai compact camera ja, dia lagi advance.Panas hati jugak la time dia bagi tau tu.Tak menyempat nyempat pergi beli. Memang terasa seperti ditindas. Sungguh T_T Segala nasihatku tidak bererti baginya.Sobs. Bukan apa. Aku prefer dia beli kamera biasa dulu. Boleh jimat sikit duit tu. Ingat senang ka nak cari duit sekarang ni? Maybe senang sebab dia dapat bantuan daripada JKM. Tapi sampai bila dia nak bergantung kat duit JKM kan? See, I fikir future you. Hohoho.Tapi biasalah.Lelaki.Degil.Tak nak jugak dengar kata.Apa boleh buat. Mungkin passion dia.Lantaklah.

Si Ika pulak dah in trend sekarang.Boleh tukar nama jadi Ika Tajima dah rasanya. Aku ni kuat stalk juga page adik adik aku. Page Ika paling aku gemar stalk. DP selalu sangat bertukar.Stok shawl tak lain tak bukan aku punya la.Tapi ok juga dia pakai.At least tak ada la terbiar tak terpakai segala shawl kat rumah tu. Dan aku baru perasan dia private kan wall dari aku.Cisssss Ika.Siap hang.Takut akak fire hang kat FB la tu. Orang lain dia tak private. Lagi la aku menyirap.Tahu pun sebab Wan tiba tiba cakap Ika update status nyew nyew dia but then tak keluar pun kat news feed aku. Rupa rupanya dia hide aku. Cissssss!

Ha.Itu je lah kot perkembangan family aku. Nak cerita semua memang sampai esok tak habis baca.Ni serba ringkas ja la aku bagi. Mana boleh cerita lebih lebih.Hahaha.

10 comments:

Qaseh Qistina said...

hehe..biasa la tu..adik2 mmg selalu advance dari kakak2 nya...

yg pompuan tu mmg perkara biasa la kalau tukar2 baju n shawl...heheh...sy pon macam tuh..tee hee =)

z@ck said...

Qaseh Qistina..
kan? sibling rivalry tu mesti ada jugak even sikit pun =P

(^__^) miza muhd said...

lalalala... Malaysia lagi maju dari luar kot. tu adik lagi maju dr akak. hehehe....

Alhamdulillah, best je baca story mcm tu. harap2 semuanya akan kekal bahagia hingga akhirnya. Amin...

Dee said...

hmm..anak buah dee lagi teruk..abis semua sedara mara dia 'unfriend' kan..

[z@ck] said...

miza muhd..
amin =)

sis Dee..
hahahaha..should not be fb related i guess =P

Cik NurulZaty said...

adik akak yg kat uia tu dah dtg uia kuantan ke?

[z@ck] said...

CikNurulZaty..
belum lgi rasanya.ni last sem dia.maybe next year kot baru pindah kuantan =)

eDdY said...

bagus..ader update dgn family..
x bermakna duk jauh family d lupa kan..betol x..hik3

Kamal Effendi said...

awat adik adik mata sepet ang tak zack? lol. mcm mualaf dah ni haa dua org berbaju ungu. lol :P

Pishaposh said...

Salam.

I bumped into this blog from a link. Upon looking this photo, I noticed something familiar and I couldn't quite figure what it is until I read your Tok Aji Saudah acar's post when suddenly I realised your Tok is my MakLong Sodah!

Last time I met her was three years back during my bro's wedding in Guar Syed Alwi, Kangar.

I know your Aunty Jaja too - we used to play together when my mom brought me to Titi Gajah. I remembered sleeping on the upper level of you Tok's house when suddenly I woke up, nobody's there. I scream like crazy thinking I was left alone there and shocked them all ...

I vaguely remember your late dad - I think I used to call him "Abg Mahdet' and sorry for the lost of ur parents.

What a small world ...

Wishing you all the best and have a nice day!

Wassalam

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger