Online users

Follower

Sunday, September 11, 2011

Sushi Bi dan Haka.

Last Wednesday, dating dengan sorang retis ni kat tepi harbour. Retis yang aku maksudkan ialah Kamal Effendi. Lelaki pujaan hati cik epal dulu tu. Waktu pergi Auckland hari tu dah lepak sekali. Kali ini dia pula datang Wellington. Kira macam kunjung balas gitu. So, set time lepas kelas jumpa kat Sushi Bi. Memandangkan dia pun tak pernah makan sushi bi lagi, molek sangat la dia try.Angin bukan main kuat. Nak suap satu sushi pun cukup susah. Cabaran betul. Last last sembunyi belakang kontena sebab nak elak angin. So Malaysian.Hahaha.Eh.Aku tak pergi sorang sorang tapi angkut geng gegirl aku. Kebetulan dorang pun memang plan nak makan sushi on the same day. Syok makan sushi ramai ramai ni. Lagi lagi si retis belanja. Lagi la syok. Hehehe. Thank you Kamal for the treat. Naik segan pulak dia bayarkan.Dah la ambil sushi tak beragak. Botak la kepala hang Kamal oiii. Semoga Tuhan murahkan rezeki Kamal lagi lepas ni.

You can see haaa..the wind is vely stlong. The tudung also terbang terbang because of the wind.

Macam macam benda la kita borak.Fun lepak dengan Kamal ni sebab dia style senang get along dengan kitorang. Ada ja member aku yang dia baru kenal on that day. Tapi bersembang macam dah lama kenal. Gelak huu haa huu haa sambil menahan kesejukan angin Welly. Kamal tak boleh lepak lama sebab flight balik Auckland malam tu jugak. Nak kejar opening rugby kat Auckland katanya. So, dalam 6.30 petang, dia dah minta diri dulu. Thanks naa Kamal. Panjang umur, kita jumpa lagi.

Lepas pada tu, kitorang ni tak reti reti nak balik lagi. Dengar kata ada show Haka kat depan Te Papa. Cangak tunggu tapi tak ada tanda macam orang nak buat Haka pun. Rupa-rupanya dalam Te Papa dan rupa rupanya lagi, bukan orang buat show Haka, tapi kitorang yang buat Haka sendiri! Hahaha. Basically ada satu bilik ni namanya 'Kamate'. Nak buat Haka ni tak kena bayar pun. Just ambil tiket dan tunggu giliran korang. Sekali masuk 6 orang. Sistem dia macam ko main kinect la. Macam ni haa..

Mengangkang la Elin dengan Kema. Sapa suruh ambil role lelaki.Kan dah macam tu.Hehehe.

Akan ada orang ajar kat skrin tu, sambil tu dia suruh kita buat jugak.Kalau step kita betul, dia akan bunyi 'beep' dan keluar warna hijau kat skrin tu. Dia ajar dalam 5 min cam tu, lepas tu kita pula buat. Yang syoknya, siap ada video rekod apa yang kitorang buat kat dalam bilik tu. Kalau nak beli, 15 dollars. Not bad la kalau nak share 6 orang. Tapi kitorang tak ambil sebab Kema dah warning kalau upload video ni kat FB, dia tak mau kawan dengan kitorang dah.Hahaha.Sebab dia ambil role lelaki.So mengangkang macam orang lepas sunat dalam video tu. Tak molek gitu.Tapi, don't worry.Next time kitorang nak pi buat lagi. Benda ni ada sepanjang Rugby World Cup berlangsung.

p/s : Kamal menyesal tak datang Sushi Bi awal awal masa datang Welly. Hari last baru tahu pasal kewujudan sushi yang sangat sedap. Kalah Sushi King. So gonna miss Sushi Bi once I'm in Malaysia.

5 comments:

Syahbinar Shuib said...

wahhh... best nyeee :))
btw, follow sini

[z@ck] said...

Syahbinar Shuib..
oh.thanks dear =)

Kamal Effendi said...

SUSHI B SUSHI BI SHUSHI BI T.T nak lagiii

[z@ck] said...

Kamal Effendi..
hahaha..meh dtg welly lagi =)

eDdY said...

yg maen haka tu yg best...hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger