Online users

Follower

Monday, October 24, 2011

Peluh merembes dengan dahsyatnya

Kadang kadang fed up bila tangan dan kaki berpeluh tak berhenti. Sumpah tak selesa. Dah lama aku ada sindrom hyperhidrosis ni. Dari aku kecik lagi. Dulu tak obvious sangat. Makin besar, makin menjadi jadi pulak peluhnya. Dulu boleh gagah lagi pakai stoking 3 hari baru tukar. Sekarang ni, sehari pun dah kena tukar. Kalau tak, kaki berbau. Even kalau tak pakai stokin pun, pakai selipar pun, jadi kerja jugak berpeluh. Why la why???? Huhuhu. Benda ni nampak ja remeh tapi effect seumur hidup. Kalau nak salam dengan orang tu, fikir dua tiga kali dulu la. Tisu nak kena sentiasa ada. Tapi serius lah tak selesa. Bang Mi cakap benda ni genetik. Turun temurun. Anak buah aku pun ada jugak. Kalau nervous, lagi lah menjadi jadi peluhnya. Tak perlu nak jogging 5 km pun peluh boleh tadah dalam baldi. Ok. Agak hyperbola tapi begitulah keadaan aku sekarang. Mai time dia ok, kering la tangan dan kaki. Mai time nak berpeluh, tak dak sapa boleh halang. Merembes jua akhirnya. Huhuhu.

Kalau nak operate, risiko dia ketiak akan kuat berpeluh pulak lepas ni. Ini based on Bang Mi yang pernah buat operation buang kelenjar peluh. Dia cakap memang la tangan dan kaki dah tak berpeluh teruk, tapi dia transfer ke ketiak pulak. Bagi lelaki, ketiak berpeluh normal la kan. Kalau perempuan, err.. So dia syorkan aku untuk jangan buat operation. Sebaliknya consult doktor. Aku tak tahu la ubat apa yang boleh ditelan untuk kurangkan hyperhidrosis ni tapi aku harap lepas jumpa doktor nanti, berkuranglah sindrom ni. Can't bear it anymore =(

Cepatlah pulang ke Malaysia!

4 comments:

HappyIrfa said...

oh gitu pulak..mesti sgt tak selesa kan..

Dee said...

go seek few opinions from few doctors..

PinQib said...

tu la.. penah dgr.. operation jer solution dio..
sabar dey..
ada hikmah tuu

eDdY said...

mende ni bahaya ker??

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger