Online users

Follower

Tuesday, November 15, 2011

Hari terakhir di Wellington

Hari terakhir di Wellington diisi dengan menghadirkan diri ke post shop untuk pos barang ke Malaysia. Al-kisahnya hari tu dah shipping barang balik.Sekali bila packing luggage, ternyata berat beg hampir mencecah 30kg. Mana lepas der. MAS cuma peruntukkan maximum 23kg. Mana nak sumbat lebihan kilo? Pos balik la jawabnya. Heran. Baju kurung saja dah dekat 5 kilo. Berat jugak. Dengan wedges sekali aku hantar.

Amik hang. Baju banyak sangat sampai terpaksa pos setengah.Huhuhu.

Lepas tu pergi bank pulak. Withdraw segala duit yang ada dalam akaun. Orang bank pun perasan ramai Malaysian yang datang tutup akaun. So dia dapat agak la yang aku pun dah nak balik for good dah. Credit card pun terminate. Dikepaknya kad tu depan aku. Sangat dramatik =.= Aku tak dapat nak tutup akaun lagi pasal duit refund rumah tak masuk lagi. So nak tak nak lepas masuk baru boleh tutup.Nak tutup pun banyak prosedur.Tak boleh hentam call dari Malaysia.Kena hantar surat bagai. Adeh la.

Lepas tu pergi terminate woosh pulak. Woosh ni line internet rumah aku. Hal ni Wan yang setel. Mujur senang je nak terminate.Kejap je dah setel. So long and goodbye Woosh. Pejabat woosh ni agak jauh dari rumah aku. So tera' nak sampai sana menyumpah jugak la pasal cuaca panas terik.

Setel semua benda, kita makan! Try Little Penang for the first and last time. Kedai ni baru buka ja. Sebelum ni ayam daging yang di serve tak halal. Taukeh kedai tak tau nak cari sumber halal kat mana.Agaknya dorang ni baru settle down kat Welly kot. Lepas tu aku tengok Yaya update kat blog. Dia pergi makan kat situ. Bila tanya, taukeh tu dah pakai ayam turk. So memang ditanggung halal lah. Tobat sedap nasi lemak dia.Kita boleh pilih nak ayam goreng or ayam masak merah. Of course la aku ambil ayam masak merah. Pergh. Rasa dia complete.Sedap sangat. Yang duduk kat Welly lagi tu, boleh la pi cuba menu ni kat Little Penang.

3 comments:

HappyIrfa said...

nampak sungguh menyelerakan

[z@ck] said...

HappyIrfa..
ternyata menyelerakan.hehehehe

eDdY said...

da kat malaysia ni..pi penang betol2..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger