Online users

Follower

Monday, November 21, 2011

New room

Last week buat operasi mengemas bilik. Rumah tok ni banyak bilik tapi tak pernah digunakan since kami adik beradik lebih suka duduk kat bawah rumah. Tapi kali ni tok dah bagi arahan aku dan Ika tidur bilik atas. Bagi bang cik bilik bawah. Aku ni jarang nak naik atas rumah sebab takut. Hahaha.Dulu waktu kecik kecik sepupu selalu cerita rumah tok ada hantu.Loteng rumah tok ada penunggu dan macam macam lagi la. So jadi takut.Tapi sejak Zul ada kat rumah ni, dia yang rajin naik atas. Siap berkampung kat atas lagi dah haa.So tak rasa takut sangat dah la. Plus tok dah siap upah orang tolong cuci dinding bilik yang dia nak pass kat aku tu. So, sebab tak nak kecewakan tok, ecewah, aku pun duduk la bilik tu. Bilik tu sebelum ni macam tongkang pecah.Sangat sangat berselerak dan berhabuk. Tak pernah berusik kan. Nak harap kat Ika dan Bang cik untuk kemas, memang idok ler. Aku sambil kemas sambil pot pet pot pet.Haa.Hadap la dorang dengar aku berleter.

Tu haa almari yang dah dikosongkan dan kini menjadi milikku.Hahaha.Sorry gambar gelap.

Buku zaman tok naduk duk penuh dalam almari.Dalam almari, baju zaman pendekar bujang lapok dulu pun penuh. Khazanah sangatlah banyak. Aku kalau mengemas, agak benda tu dah buruk sikit, terus campak masuk plastik sampah.Tak ada pasai nak simpan. Berplastik plastik jugak la hasil campakan. Tok siap pesan lagi, jangan duk buang baju baju tu.Sayang la apa la. Aku angguk angguk je lah depan dia.Belakang dia, aku cepat cepat masuk plastik, ikat dan buang.Hahaha.Senang cerita. Bukan apa. Baju zaman dulu dulu nak simpan buat apa? Menyemak almari ja. Puas hati aku. Bila dah kosong, sedap mata sikit memandang.Boleh juga aku letak baju aku. Soalnya baju dalam luggage tak keluar lagi pun.Asal nak pakai, geledah luggage. Asal dah basuh, lipat, masuk balik dalam luggage.Hohoho.Bila dah ada almari sendiri, syok la sikit nak menyimpan.Tak kisah la almari buruk pun.Asal dapat letak baju.

Harga asal RM 64. Bargain punya bargain, dapat RM 55. Terima kasih kat mat arep pasai dia yang pandai tawar menawar ni.Aku tak reti sangat. Yeay!

Tunggu orang tu pasang. Senang gila tengok dia pasang pasal dia ada screwdriver yang mesin tu.Kalau aku pasang manual, jenuh pusing screwdriver tu haa.

Excited nak 'renovate' bilik sendiri, siap keluar beli rak buku baru.Nak letak buku zaman foundation sampai degree. Buku teks sangatlah banyak.Sayang weh nak buang. Buku boleh guna buat rujukan.Simpan aje lah.Tunggu aku tua kerepot, cucu aku nak buang time tu, boleh lah.Hohoho.

Bilik lepas dah kemas. Kemas la sangat kan.Hahah. Malas dah nak letak frame bagai. Tunggu dah kawin nanti baru letak frame penuh satu bilik.

p/s: Sekarang nak pakai baju pun tak gaduh nak kepit kepit malu dengan adik sendiri.Dah tak share bilik.Hahaha.

3 comments:

HappyIrfa said...

:-)
boleh la berhibernasi nanti ye

niezam said...

hai zack.

1st time komen ni. hehe. sblom ni memanjang je bc entri. ni pun tgh baca lagi. tak abes ag. gigih kan. hahaha. seronok baca. boleh gelak2. sempoi la hang zack :))

eDdY said...

privasi..hehe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger