Online users

Follower

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua readers yang beragama Islam. Malam ni tidur awal tau. Esok kang terlepas pulak solat raya. Kat sini raya haji on Monday dan aku kerja. Sobsobsob. Tak dapek nak solat raya. First time sambut raya haji kat sini. Last year sempat beraya kat Malaysia. Mesti korang busy balut ketupat kan sekarang ni. Tak kurang jugak yang tengah buat serunding, kuah kacang dan sebagainya. Untuk yang tumbangkan lembu esok, jangan lupa jamu lembu makan banyak banyak sikit hari ini. Hehehe. Teringat pulak suasana kat kampung. Raya haji, daging korban penuh satu fridge. Setiap hari makan daging. Sambal daging, kurma daging, sup daging, daging bakar. Apa lagi? Haa.Semua jenis masakan daging ada. Sampai naik jemu la. Lagi satu, family aku ni jenis yang makan semua organ dalaman.Limpa, usus, perut, lidah, ekor semua kami bantai. Hohohoho. Paling sedap bila bakar dan cicah air asam. Pergh. Terbaik wa cakap lu. Adeh. Teringin la pulak nak makan daging bakar cicah air asam =.=

Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

3 comments:

Cieut Nizar said...

selamat hari raya zack. raya kedua jemput mai umah noo. haha :)

eDdY said...

selamat hari raya z@ck..(^^)

[z@ck] said...

Cieut Nizar..
tunggulah hang smpi raya kelima pun, aku takkan muncul.huhuhu

eDdy..
selamat2 =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger