Online users

Follower

Thursday, December 1, 2011

Dah tengok Ombak Rindu tapi.............

Malam yang sangat 'awesome'. Kak Yon ajak tengok Ombak Rindu. Aku pun ok je lah. Duduk rumah bukan buat apa pun. Lagipun keluar dengan gegirl, tok tak hingaq sangat. So tiket wayang pukul 10.10 malam. Excited ni sebab itu first tayangan untuk Ombak Rindu. Sambutan sangat memberangsangkan. Penuh satu panggung. Lelaki sama banyak dengan perempuan.

First hour memang layan tengok cerita tu. Sekali hang, filem terbakar. Part Bront Palarae tengah dayung sampan. Ah! Memang potong stim. Orang pakat bising la. Mengeluh semua la. Ye lah. Tengah syok syok boleh pulak terpadam. Bayar RM10 tapi servis macam gini memang orang bising la. After 10 mins, wayang elok semula. Ok. Layan balik lah. Tak sampai 5 min, filem buat hal lagi. Terpadam lagi. Time ni dah ada few yang blah dari panggung pasal dekat 30 mins jugak blackout. Kami ni tegar. Tunggu jugak la. Time ni aku boleh bersabar lagi. Boleh gelak gelak dengan kak yon & nad. After 30 mins, elok balik. Tengok kejap, blackout balik. Argh! Makin ramai yang keluar wayang. Tak tahan menunggu agaknya. Agak membuang masa jugak sebenarnya. Tapi kami sabar, tunggu jugak. Lepas tu elok balik. Aku ingat ni last time la filem tu nak buat hal. Rupanya lepas 10 minit, dia padam lagi. Time ni semua dah bengang la kan.

Tak lama lepas tu, staff datang bagitau suruh datang esok untuk refund or tukar time wayang.Dorang pun dah mati akai kot nak betulkan filem tu. Memang potong stim! Tak pasai pasai kena mai hari lain untuk tengok lagi sekali. Mujur ada abang Aaron Aziz. Tengok sejuta kali pun I sanggup.Hahaha.

Kesimpulannya, tayangan pertama filem Ombak Rindu kat Jitra adalah sangat epik. 4 kali filem stuck. Hang ada? Sempat feel sejam ja. Pulang dengan hati yang kecewa T_T

15 comments:

nyna said...

haha peh itu mmg stress weh tengah feeling2 boleh pulak dia buat hal

[z@ck] said...

nyna..
ini pertama kali aku experience benda ni.geram, lawak semua ada.HAHAHAHA

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kslsu aku, dah bakaq dah wayang.

hahaha~

oshinz said...

aih.. tak sabar nak tgk ni. takpe beb, asal bleh refund blek. minta popocorn besar sekali sebagai ganti rugi. kihkihkih..

Zuewairy said...

pirah, film dia terbakar.. hati kita yg tgk ni pun terbakar.. apa kata hang p bakar jela panggung tuh.. HAHAHAHA

JaJa'Z said...

uish..ada plak mcm tu yek..hehhe

NeenaAnuar said...

haha.. sorry nak tergelak pun ade.. but yet akak simpati sama kamoo dear! takpe.. pi amik refund or else gie tengok hari lain yek! :D

AmirahSM said...

blackout zack??? hehe..ape daa..best x cte tu..bru nk tgk rini =)

[z@ck] said...

LORD ZARA..
hahaha.mujur mood semalam ok. kalau tak, dah bakar dah =P

oshinz..
tadak maknanya nk dpt popcorn.hahaha

Zuewairy..
tak pasai keluar front page Harian Metro nanti.HAHAHA

Jaja'z..
kan? why me????? T_T

NeenaAnuar..
nak pi tengok hari lain.rasa serik nk tgok kat Jitra dah.huhuuhuu

AmirahSM..
so far sejam awal tu best.tp guarantee best la cerita tu.aaron aziz nangis kooooot. HAHAHA

Khidhir said...

aduh.. kompem tension. nasib tunggu lama sikit. dapat gak la refund. teruk benar panggung tu..

[z@ck] said...

Khidhir..
first show yg sgt mendukacitakan.huhuhu

wanie mn said...

loo.. klu gitu better kak zack dok rumah tgk astro tayangan perdana ombak rindu yg 30min tu je. byk kali kot dia ulangtayang. haha. paling2 dpt jgk tgk 30min. haha. sarkastik je komen ni. ;D

eDdY said...

laaa..haha
xper2..g tgk..nnt citer kat aq k..

Zul Fattah said...

aku kena tengok ni, cite ombak rindu..

[z@ck] said...

wanie mn..
hahaha..kan? tu la.excited sgt nk tgok first tayangan.kan dah jadi macam ni.

eDdy..
hang tak mau pi tgok ka? konfirm meleleh.hahaha

Zul Fattah..
ya..harus tgok!

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger