Online users

Follower

Friday, December 2, 2011

Kenduri kahwin.

Cuti sekolah ni banyaklah jemputan perkahwinan. Berkesempatan pergi kenduri kahwin abang Farah kat Dewan Utama, Jitra. Sekarang ni orang dah prefer buat kat dewan dari rumah.Mudah. Bilik pengantin tak kena hias. Hantaran pun tak perlu nak display.Hohoho.Tapi masak la kena bayar untuk sewa dewan kan. Ada pros and cons. Farah ni ex jiran aku.Wah. Jiran pun ada ex. Tak ada la. Dulu aku duduk kat Jitra, so setaman la dengan dia.Petang petang either dia datang lepak rumah aku or aku pergi rumah dia. Membesar bersama gitu. Sampai dalam pukul 2.30 petang macam tu. Kebetulan Nunun pun baru sampai. Elok sangatlah.

Bihun sup Mak Cik Bashah sangat epik. Sedap gila.Mak Cik Bashah ni tender kantin Sekolah Tajuddin dulu. Kalau ada duit lebih, selalu la beli bihun sup waktu KAFA. Rasa dia still sama macam dulu.Hebat la mak cik. Teringat ingat sampai sekarang. Gambar nasi minyak tak sempat nak snap.Lapar sangat.Hahaha.

Datang dengan mat arep. Kalau nak datang sendiri, memang idok le kan. Dah macam pak supir aku dah dia ni. Huhuhu.

Dengan Farah, Ped dan Nunun. Semua member sekolah.Ambil berkat. Kot kot la lepas ni boleh cepat naik pelamin kan.

Pulang dengan perut yang buncit. Terima kasih Farah sebab jemput!

7 comments:

dayah said...

lps ni cik tuan blog...nek pelamin

[z@ck] said...

dayah..
oh..that's so not true =)

aReLaN said...

waaaa....nk kwen gak

[z@ck] said...

aReLaN..
the time will come

Liya Laa said...

Menu dia mmg epik tue :)

eDdY said...

z@ck..aper2 pon jgn lupa jemput aq..hehe

[z@ck] said...

Liya Laa..
yeszaaaaa

eDdy..
insya-Allah.regular commentator ni =)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger