Online users

Follower

Monday, December 5, 2011

Peter Answers

Pernah dengar pasal Peter Answers? Haa.Siapa yang tak pernah dengar, sila google. Aku malas nak cerita panjang lebar kat sini. Yang pastinya, benda ni sesuai nak prank kawan korang. Tambah yang takut hantu. Hahaha. Al-kisahnya pada satu malam, aku tengah online.Tiba tiba Ika datang tunjuk pasal Peter Answer. Kita tanya soalan dan Peter akan jawab dan kebanyakkan soalan yang ditanya, Peter tu jawab dengan betul. Sebagai contoh:

Pak su dan Mak su tengah buat apa sekarang?
Depa tengah tidoq dalam bilik la.

Hang kenai Arip dak?
Kenai. Arip tu yang mai hantaq KFC kat hampa tu laa.

Pirah duk buat apa la ni?
Dia duk buka FB dan blog rasanya.

Dan banyak lagi soalan yang ditanya.Semuanya dia dapat jawab dengan betul. Yang peliknya, Peter jawab dalam bahasa Kedah jugak.Aku dah mula musykil. Takkan Peter boleh cakap Kedah kan. Aku tak puas hati.Aku google explanation and at the end, aku blur.Aku tak faham macam mana Peter boleh dapat jawapan yang sangat tepat.Aku pun mula mula dah nak percaya dah Peter ni berhantu. Boleh tengok apa yang kami buat segala. Paling epik, waktu tu Bang Cik tengah duduk bersandar kat dalam bilik aku. Afif yang taip soalan.So, aku suruh Afif tanya Peter tu, apa yang Bang Cik tengah buat. Sekali Peter cakap, "Dia tengah sandar dalam bilik Pirah and WATCHING!" Lepas tengok jawapan tu, bang cik terus letak muka bawah bantal sebab takut.Hahaha.Pengecut gila bang cik ni.

Aku tak puas hati.Sampai kat FB pun aku tanya orang. Lepas tu, ramai la yang response. Selidik punya selidik, akhirnya aku dah dapat jawapan macam mana Peter tu boleh jawab dengan tepat. Sedikit bengap la aku ni pasal lambat sangat tangkap explanation orang. Mungkin terlalu takut dan kagum dengan kehebatan Peter sampai aku ingat Peter ni spirit yang berlegar legar kat rumah aku.Hahaha. Rupanya Peter tu Afif! Haktuih! Dia buat trick sikit ja pun. Waktu dia taip soalan, kami semua tak tengok kat skrin komputer. Dia yang sibuk menulis. Rupanya dia dah tulis jawapan sekali kat ruang petition tu. No wonder la bila dia taip tu, rasa macam lama sangat.Rupanya dia karang jawapan sekali. Cissss. Dua hari main Peter Answers, baru dia mengaku. Itu pun sebab kantoi dengan aku.Kalau tak, sampai ke sudah kami percaya dengan Peter.Hahaha. Dan no wonder la bila aku taip kat laptop aku sendiri, jawapan yang Peter bagi sangat nonsense. This trick doesn't work on you. It works on other people as long as kita yang taip soalan dan jangan bagi dia nampak kita taip jawapan sekali dalam tu.

Ni haa soalan yang aku cuba tanya. 3 kali aku tanya, 3 kali jawapan dia ke laut. No wonder la. Klik untuk tumbesaran.



Chooooooooooiiiiii! T_T Kalau nak try prank kawan kawan, bolehlah pi kat link [ini]

p/s : Rasa sangat loser bila diperbodohkan oleh sepupu yang baru berusia 14 tahun.

4 comments:

Watanabee said...

sama macam ni kot..http://cleverbot.com/.

[z@ck] said...

Watanabee..
ha'ah..lebih kurang.tak clever mana pun la kan sebenarnya.hahaha

eDdY said...

haha..mula2 dulu siap ader member aq ckp haram maen ni..haha..cam percaya ckp tukang tilik..tpi pas dah tau..hampeh..wakaka

[z@ck] said...

eDdy..
macam bongok kan? =.=

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger