Online users

Follower

Saturday, January 7, 2012

D'King Mee Udang Banjir

Hallo hallo. Semalam bertemu janji dengan mat arep. Teringin nak makan mee udang. Risik risik la kat FB. Mulanya plan nak pergi Pulau Sayak. Situ antara tempat famous yang jual mee udang. Siap minta petua jalan dari kawan dah. Sekali mat arep sampai lewat daa. Pukul 6.30 baru sampai. So decide makan kat D'King Mee Udang Banjir. Senang je nak cari kedai ni. Keluar dari tol SP Selatan, straight ja. Sampai kat second traffic light, jumpa la D'King ni. Betul betul tepi jalan. D'King ni ada dua waktu beroperasi. Tue-Fri, pukul 7 malam-1 pagi, Sat-Sun, 4 petang-4 pagi.
Kitorang sampai elok elok pukul 7 malam. Itupun dah ramai yang makan kat D'King. Kedai dia sangat besar. Ada banyak landskap. Senang nak cam la. Tempat duduk pun banyak. Ada macam macam style. Nak duduk bersila, bawah pangkin, kerusi batu kayu semua ada. Hohoho. Selain mee udang, ada ikan bakar jugak.

"Sedap tak dak dah". Tagline D'King. Hehehe. Ikan boleh pilih sendiri. Besar kan? Buat masak tiga rasa konfirm sedap. Kerang bakar pun ada.

Kitorang order mee udang untuk 2 orang makan. Akak tu cakap nanti mee udang ni hidang dalam mangkuk besar. Cedok sendiri. Lagi sedap katanye. Kitorang ikut je lah. Memang cara dia serve macam tu kot. Siap ada pilihan udang lagi. Nak udang laut or udang biasa.

Mee udang cukup rasa. Macam mee rebus pun ada. Macam char keow teow pun ada. Apa pun, sangat sedap! Mat arep tak henti henti puji kuah dia sedap. Mamat ni sangat cerewet jugak bab makan.So, kalau dia puji tu, memang sedap betul la =P

*Tak tau nak buh caption apa*

Udang besaq. Isi lembut. Senang nak kopek. Itu paling penting. Hohoho.

Tempat dorang masak. Open. Ketung ketang ketung ketang.

Kalau nak buat tempahan pun boleh. Nak mai makan ramai ramai boleh book sini. Ambience pun ok.

Licin!

Total makan untuk dua orang = RM 22.80.

14 comments:

dila.azie said...

Sedap ! Haha , terliur tengok pics ! (:

Cik Kamoo said...

hhhu terliur tengok

[z@ck] said...

dila.azie..
zack yg tgok balik pun terliur balik.hahaha

Cik Kamoo..
pekena sepinggan jom!

eDdY said...

waaa>>>sekali dgn air ker??
agak okay la kalo harga camtu..hehe

Drunbella Khoo said...

Boleh try kalo p sana nanti.
Tapi aku neh udang alergic sikit.
Tapi kalo sedap, hentam jer.
(",)

[z@ck] said...

eDdy..
ha'ah.sekali dgn air.ok la.not bad. =)

Drunbella Khoo..
hang jgn cari pasal.kot satgi makan udang terus gatal satu badan, susah!

Mishter Izwän said...

waah sedap nye, kt jhr susa nk cri mee udang, rse nye mmg tak de kot, hehehehe


feel free to visit me at speechless009.blogspot.com

NIZAM said...

mee udang ni mmg belah2 utara je ke yang ada? kat tempat lain susah kot nak jumpe.

[z@ck] said...

Mishter Izwan..
maybe sebab belah sini ja yang banyak udang kot.hehehe

Nizam..
not so sure.depends on location jugak kot.if dekat dengan laut, mesti ada mee udang ni =)

IntaNBerliaN said...

ooo sy pnh g mkn sini.. dh 2 kali... mmg sdap pun :-)

Original CikTeddy said...

sodapnye..wink3!haha

marinahunny said...

selak mee nmpk udang ke selak udang nmpak mee?

[z@ck] said...

IntaNBerlian..
kan kan? =)

Original CikTeddy..
yesza..memang sedap!

marinahunny..
selak udang nampak mee =) ehehehe

cik gelong said...

memang sedap kt sini..udang dia fresh.. kn3? hhehehhe

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger