Online users

Follower

Thursday, January 19, 2012

Duit oh duit.

Alhamdulillah. Safely arrived at mak su's house in BLM. After maghrib, ikut mak su hantar afif tusyein. Lepas tu pergi Tesco. Umat manusia, ya ampuuun, ramai sangat. Kebanyakkannya chinese la. Nak CNY kan. Aku cucuk duit. Dengan harapan duit tu boleh la kekal lama. Alih alih pergi belah garment, TERambil dua tiga benda. Tak boleh tengok potongan 50% ni. Mesti nak grab jugak satu dua. Hahaha. Melayang RM 23 untuk tiga item. Ok la. Aku ni berkira jugak bab duit ni. Bukan apa, tak ada duit, buat cara tak ada duit kan. Kena berjimat. Elaun tak masuk lagi.

Cakap pasal elaun, aku hari hari makan nasi lauk ikan goreng kat cafe. First day aku ambil ayam goreng. Kena sampai RM 5. Macam makan kat KL pulak kan. Tak silap aku, 2 years back, nasi lauk ayam dan sayur baru RM 2.50. Ini naik dua kali ganda. Harga ayam sekarang mahal ke weh? Natijahnya, hari hari saya makan nasi bersama ikan termenung goreng dan air kosong. Ikut nasib. Kalau akak tu kira, dapat la RM 2.70. Kalau pak cik yang kira, dia cekau sampai RM 3.50.Punya nak jimat habaq hang. Sekali sekala nak makan mahal boleh la. Kalau hari hari nak lauk dua tiga mata, papa kedana la hang hujung bulan.

Heaven balik rumah. Petang tadi bantai makan nasi putih bersama sambal ikan bilis, sayur kangkung dan ikan merah. Lepas ni nak bantai makan ayam goreng puas puas. Balik maktab, non ado la lauk ayam goreng untuk lunch. Sobssss

6 comments:

Muhammad Mustaqim Razali said...

situasi takala elaun tak masuk lagi..
untung dapat balik umah..
org tak dpn pun :(

[z@ck] said...

Muhammad Mustaqim Razali..
tak balik umah ke? ish..rugi rugi..hehehe

Anonymous said...

teringat kitorang dulu kat perlis, everyday bfast nasi 50 sen, air masak free. nak jimat ye pasal, last2 tokey cafe charge 20 sen air masak ;p

-ex-kangar-

eDdY said...

tu la kan..skank ni sumer mende da mahal..susah2..huhu

Nur Hafiza Rahsid said...

sedih tak zack bila jadi camtu?aku sedih.huhu.pernah je aku makan benjo je untuk satu hari tu..makan nasi dengan kuah megi.sobsobs.takpela..kita susah2 dulu,inshaallah senang kemudian hari

Irfa said...

kat opis akak ni kafe sebelh tu pun ikut nasib..kalau akak indon tu berani la ambik lebih sikit tapi kalau pakcik tokey tu mmg teragak-agak nak ambik lauk konfem mahal..anak pakcik tokey dah 2x5 ngan apaknya..cepatla dia boleh gi mekah..bihun pun rega rm2.50..kalau letak lauk x tau la bape

alasan nak masak kat umah x sempat.huhu

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger