Online users

Follower

Wednesday, January 25, 2012

Peha besaq kayu balak

Tadi keluar makan char koew teow dekat Tanah Merah dengan Kak Yon & Nad. Lepas tu sembang sembang la bab kuruskan badan ni. Ada la few names yang menjadi subjek kurus. Really adore their determination to lose weight. Ada yang tak makan nasi sampai 2 bulan. Hari hari ngadap bihun dan mee ja. Ishk. Aku ni ada la jugak pasang niat nak diet. Bukan sebab nak ramping ke apa tapi sebab nak kecikkan tang paha ni haa. Dah besar kayu balak dah. Tacing mak noks baru baru ni try pakai jeans yang baru sampai dari Welly. Dulu masuk senang ja. Sekarang ni, jenuh tarik bila sampai kat paha. Nak berjalan pun macam robot dah. Ketat! Wuwuwu. So, aku berazam bila balik maktab nanti, aku nak turun jogging petang petang. Kalau tak jogging pun, main frisbee ke apa ke. Disamping itu, mak nak try jugak la kurangkan kuantiti nasi dalam satu hidangan. Banyakkan mee dan bihun. Kita tengok nanti tercapai ke tak impian tu. Hohoho.

Tuhan je tahu perasaan bila pakai jeans tu, tak muat. Rasa macam gemuk gila. Ye, perempuan ni kalau bab badan, dia obses lain macam sikit. Even dimata orang lain, depa nampak fit, tapi mata sendiri kata tak fit. Gemuk la buncit la. Ada ja la yang tak kena. Well, biasa la. Manusia ni tak pernah puas. Tengok orang lain badan cantik, kita pun nak. Tengok peha haluih, aku pun nak. Hahaha.

Akhir kata, aku target bulan 6 ni dah boleh muat pakai jeans tu. We'll see how.

11 comments:

aReLaN said...

peha saya pon besar gedabak bukan sebab makan tapi sebab sukan.ble main ragbi n selalu lari contohnya jogging,peha jadi besar giler kot.nak kurus lari long distance la.hehehe..selamat berjaya.ingat pompuan je ke obses.saya pon obses tapi tak suka diet.more to exercises. :p

NIZAM said...

sy obses nak gemuk. huwaa. *sy terlalu kurus ok* kategori underweight. (-__-)

[z@ck] said...

aReLaN..
alamak.long distance ni yg lemah ni.makin besar la plak eh.

NIZAM..
minum weight gain weh

JaJa'Z said...

zack..bihun is ok..but mee akak rasa yang tu agak tinggi calori..sebab telur byk...

Hanisah Safian said...

samelah!

sepppp-sepppp T__T

[z@ck] said...

Jaja'Z..
eh ye ke? thanks for the info =)

Hanisah Safian..
tgh diet jugak? good! =)

shera haifa said...

haha..balik rumah macam tu laa.. makan xhenti2.. sama laa kita

nyna said...

haa sama lah kita zack.
ni tgh uasaha nak diet.stress haha

Irfa said...

dah lama tinggalkan peha haluih tu..sekarang peha besar balak..ikut peredaran zaman katanya
hehe

eDdY said...

ko bole z@ck..gudlak :)

Wahidah said...

chaiyok2...

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger