Online users

Follower

Tuesday, January 17, 2012

Safari la pulak

Kenyang makan, jom masuk safari. Tengok binatang la pulok. Bayar tiket RM 49 sekepala. This ticket includes lunch set. So, ok la. Kalau tak bagi complimentary service, memang dah lama saya buat protest depan kaunter. Macam berani kan? Cakap pi la. Akak kaunter emo tak sudah. Bergaduh dengan boyfriend kot. Ditengkingnya sorang apek pasal tak reti bahasa. Elok pulak lepas apek tu blah, dia siap ejek apek tu depan kitorang. Amoi belakang aku pun perasan. Dia siap cakap "Aiyoooh". Buat malu ja weh. Dah la melayu. Kerja berhadapan dengan public ni kena la sentiasa senyum dan sopan santun. Itu budaya kita. Jangan la terlalu carried away dengan personal problem sampai kat tempat kerja pun nak lepas geram kat orang lain. Not good la.

Dah. Malas nak ingat balik muka akak tu. So, first show, elephant show. Ramai gila orang. Al maklumlah, cuti sekolah. Kebanyakkannya yang datang ni family bawa anak kecik. Elok sangatlah tu bagi pendedahan awal kat anak anak. Kenal jugak dorang ni dengan binatang tropika. Jangan sampai besar, tak tahu mana satu lembu, mana satu kerbau, mana satu seladang. Hahaha.

Orang sini pandai buat duit. Dijualnya tebu satu plastik RM 2. Buat bagi makan kat gajah. Gajah ni dari jauh dah boleh sniff tebu tu. Mana yang pegang tebu, dia pergi dekat.

Panjang gila belalai! Aku pun macam budak kecik. Terlopong tengok gajah depan mata. Lama mana dah tak mai zoo weh.

Lepas ni kita masuk sangkaq rimau pulak noh. Hohoho.

3 comments:

shera haifa said...

eh2x,, msuk bayar safari leh dapat lunch set.. hehe..

eDdY said...

safari kat afamosa tu ker??
aq x pernah lagi g sini..

Irfa said...

lama dah x gi zoo :(

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger