Online users

Follower

Monday, February 13, 2012

Lepas tu...

Sorry. Been busy for this few days. Sibuk dating, sibuk buat assignment. Hahaha. So, seperti yang diwarwarkan kat previous post, Jumaat lepas genap la dua tahun kami berjiwang jiwangan. Two years of ups and downs. Kadang kadang bergaduh, kadang kadang suka, kadang kadang tumbuk pintu almari, kadang kadang rindu nak mati dan sebagainya. Kalau nak cerita satu persatu, memang tak habis. Maka, Sabtu pergi la celebrate anniversary.

Tak dan masuk kereta lagi, dia dah suruh duduk kat driver seat. Lepas tu suruh toleh ke kanan. Ada benda nak bagi katanya. Dengar sok sek sok sek bunyi plastik. Macam dapat agak apa benda tapi remain silent. Dapat bunga. Hehehe. =)

Lepas tu tengok movie. Cerita Chronicle. Aku tak galakkan korang tengok movie ni pasal lambat panas. Plot slow dan tiba tiba dapat kuasa psychic. Lepas tu musnahkan semua benda. Lepas tu habis. What the?? So, kesimpulannya, tak payah tengok la. Tengok hantu dalam botol kicap pun rasanya lagi berbaloi (aku tak tengok lagi but looking forward to see it)

Lepas tu, pergi karok. Amik 5 lagu ja. Last token, tertekan lagu 'Lap Lip Lap' by Senario. Hahahaha.Nyanyi jugak la. "Lap lip lap lip lap, buat kerja jangan sampai tersilap! Lap lip lap lip lap, banyak menung nanti otak jadi sempiiiiiiit" Epic habis. Mujur bilik kebal bunyi, kalau tak, tobat tebai muka dengan jiran sebelah.

Lepas tu sek fan! Teringin nak try pizza baru tu. So, ke pizza la kita ye. Sedap weh. Aku tak ingat apa nama pizza ni tapi kami amik set untuk dua orang la. Add on hut platter. Pun sedap. Senang cakap, makan pizza kali ni memang puas hati la walaupun struggle nak habiskan dua slice. Cheese banyak, udang rangup.

Lepas tu, pergi cari printer and I managed to get one. Canon MP 287. Harga asal RM 199, tapi lepas mat arep bargain, dapat la RM 190. Ok la as long as tak lebih RM 200. Oh. Aku adalah sangat fail bab bargain. Tak reti.

Lepas tu, pergi Tanjung Dawai pulak. Nak tengok sunset. Sampai pukul 6.15. Terlalu awal untuk matahari melabuhkan dirinya. Nampak orang jual jagung, haruslah beli. His favourite. Yang gigit habis tu, aku punya. Yang gigit bersepah tu mat arep. Ish ish ish.

Untuk yang rindukan aku, nah!

My one and only chocolate man =)

Subhanallah. =)

Nabi SAW berkata kepada Abu Dzar ketika matahari terbenam. “Apakah engkau tahu ke mana dia pergi?” Abu Dzar menjawab, “Allah dan rasulnya lebih mengetahui.” Nabi berkata, “Sesungguhnya dia pergi bersujud di bawah Arsy dan meminta izin lalu diizinkan. Dan dia meminta izin dan tidak diizinkan. Kemudian dikatakan, kembalilah ke tempat kamu muncul dan terbenamlah dari arah baratnya.”

9 comments:

mattop said...

weewiiiit~~~

Anonymous said...

amboi mat arip posing...baik sungguh aihh...ala2 kumpulan brothers la pulak...hehe...(sori melawak aje..anyway gambar zack dgn b/ground itu mmg cantik....:)-kak eni.

aReLaN said...

phewwiitt...dapat bunga tu.hoho..

sweetie said...

z@ck! Beritahu mat arep, wat senaman, perut tu nampak buncit sikit, umuq muda lagi dah boroi! Nanti pakai baju pengantin tak cantik! Maaf! cheq cakap lepas.

kucokelat said...

sweett!!! sangat!

eDdY said...

cantik nyer matahari tu.. :)

Irfa said...

sweet :)
dah 2 tahun yer?
moga membawa ke jinjang pelamin dah bahagia forever n ever ;)

Fatin Farhanah said...

sweeetnyaa ;)

wanie_mn said...

mmg citer chronicle tu slow. boring la jgk tp part dia lawan tu ohsem jgk la. :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger