Online users

Follower

Saturday, March 17, 2012

Kenduri lagi

Wohooo.Seminggu tak berupdate blog ni. Alahai. Baru ja hari tu semangat nak update setiap hari. Tapi apakan daya.Bila balik kampung ni, lebih suka tengok tv. Lagi satu, kerja banyak. Memang tak boleh nak mengadap laptop lama lama. Kang tok aji bising.

Semalam, tok aji buat kenduri arwah. Bayangkan je lah. Pagi Rabu dia rasa macam nak buat kenduri. Ada la dengar dia sembang kosong dengan Pak Chaq. Ingatkan tak jadi la. Tup tup petang Rabu dah keluar pergi beli barang. Out of sudden tau tak! Ishk. Kami anak cucu ni terus mengeluh sebab dah bayang betapa banyaknya benda nak kena buat. Kenduri bukan panggil katering tapi masak sendiri. Sampai sekarang lengan kiri ni still terasa sakit lagi especially bahagian pergelangan tangan. Ini semua dek kupas bawang sampai sebesen! Habis pijar pijar tangan dek main dengan halia. Me no likeeey. Hukhuk. Tapi what to doooo. Tak ada orang nak tolong, so anak cucu la yang dikerah buat kerja.

Bab masak memang aku tak berani nak tolong la kan pasal ada orang yang lagi expert. Itu serah kat pak dan mak sedara. Bab kemas rumah, hampaq karpet, atuq pinggan, gelas, mangkuk, hampaq kain spra semua kerja orang muda. Dan aku kepalanya lah pasai aku paling tua. Dah la dengan pakai kebaya. Mujur colour hitam, peluh satu badan pun tak nampak. Yang paling best, untuk tetamu lelaki, depa makan hidang atas rumah. So, kena naik turun tangga angkat lauk dalam dulang. Memang menguji stamina betul. Agak agak nak upah saya jadi ketua bentara, boleh la contact saya noh. Experience banyak ni. Hohoho.

Kenduri kahwin aku nanti, nak buat style buffet. Menentang keras buat hidang atas rumah. Buat penat badan ja. Nak masak sendiri boleh, tapi no hidang hidang. Kenduri supposed to be fun. Kalau kena buat kerja, memang dah tak fun. Pakai baju cantik cantik pun, pengakhirannya kat dapur jugak. Basuh pinggan. Sobsss.

p/s: Tok aku memang suka buat kenduri arwah. In a good way, bagus lah sebab kita selalu mendoakan ahli keluarga yang dah mati. Tapi kalau tak cukup orang nak buat kerja, terasa kenduri tu membebankan balik kat diri sendiri. Moral of the story, nak buat kenduri, rekrut la tenaga kerja banyak sikit. =P

2 comments:

eDdY said...

aq bole bayang kan kepenatan tu..
tpi da lamer da aq x rase kenduri camtu..hehe

Aisyah Rafaei said...

Setujuuuu sgt dgn perenggan terakhir...kadang2 owg tua ni tak paham..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger