Online users

Follower

Saturday, March 10, 2012

Sayur putih

Credit to google image.

Time pergi pasar malam semalam, tok pesan belikan sayur putih 2 pokok. Tok kata yang orang selalu letak dalam mee goreng tu. Aku memang fail la bab sayur ni. Sawi pun kadang kadang tak boleh nak cam.

Aku : Sayuq putih tu sayuq sawi ka tok?
Tok : Dak aih. Sawi batang hijau. Ni batang dia 'kala' putih. Hat orang duk buh dalam mee tu.
Aku : *cuba bayang batang colour putih*
Tok : Hang amik la dua pokok.
Aku : Okay.

Sampai kat pasar malam, aku tanya kat abang gerai tu. Tadah je la muka menahan malu. Pasal aku ni perempuan.Patutnya aku expert la bab sayur semua ni. Ini tidak. Pfffttt...

Aku : Abang, sayuq putih ada dak?
Abang : Nak sayuq putih hat lagu mana?
Aku : Haaa????

Dia tanya aku balik. Ah. Tacing teruk sama itu abang. Main teka teki pulak dengan aku. Bila dia cakap macam tu, aku expect banyak jenis la sayur putih. Lama jugak aku duduk kat gerai dia. Ada satu sayur ni, batang dia colour putih. Aku yakin diri ja amik yang tu. Sekali Ika kata, "Tu bukan kailan ka?" Haa..sudah.Aku ni cepat terpengaruh dengan orang lain. Kena pulak Ika selalu tolong tok kat dapur, makanya dia lagi expert la dalam bab sayur sayuran ni. Tapi aku rasa macam dah betul pasal sayur kailan batang hijau. Aaaahhh...amik je lah.Sebelum nak bayar tu, mat arep suruh aku tanya mak cik tu. Walaupun segan, aku tanya jugak la....

Aku : Mak cik, tu sayuq putih kan?
Mak cik : *sengih sengih* Sayuq putih ada dua jenih dik. Satu hat macam kubis tu. Satu lagi hat ni la. Adik nak hat mana?
Aku : Haa..betoi la tu mak cik. Tok saya kata yang buh dalam mee goreng. Yang ni kot noo..
Mak cik : Haa..kalau nak buh dalam mee, hat ni la. *sambung sengih lagi*

Yeeeeeaaahhh! Aku betul. Muehehehe. Walaupun mak cik tu sengih sengih, ada aku kisah? Sweet success babeh! Hahahaha.

p/s: Bagus jugak bila tok pesan suruh beli sayur ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan tentang nama sayur. Asyik makan kubis ja sebelum ni. Sayur hijau kureng sikit melainkan kailan. Tapi kailan pun kadang kadang fail jugak nak cam. Hohoho.

11 comments:

Cik NurulZaty said...

mak saya cakap ni sayur pak choi.

macam sawi tpi wrna putih..

sbb bile masak kuah putih2 tu..hee

Cik NurulZaty said...

*sedap bile masak kuah putih2 tu..hee

typo pulak

[z@ck] said...

Cik NurulZaty..
if tak silap, pak choi lagi ketot.ni besar.

Dee said...

suami k dee kata itu kailan..pak choi lagi pendek dan besar..

eDdY said...

ni sawi albino kot..hehe

shera haifa said...

owh tu ke syur putih. haha kita pun xtahu.. tahu sawi, kobis je..

AmirahSM said...

hahahha.. aku nk gelak leh dak zack.

Cik Puan Hafiza said...

slalu shopping kat tesco, pasai tesco ada tanda nama..hahahaha..

Cik Aien said...

Naseb bawak mat arep pi pasar beli sayur :D Kalu ikut tekaan firasat hang, kdg2 tak menjadi #HAHAHAHA

eLLy said...

toge pun warna putih gak :p

Fatin Aliyya said...

kak firah, ini sngt comel tau.haha.fatin pun tobat pi pasar kdg2 sayuq pun x cam, malu mang malu tp kalo x tny abang n mak cik kt gerai tu smp ke tua mmg x kan tau.hehe.:)

yeay, scara x lgsng org yg baca blog kak firh pun tmbh ilmu tau.thanks :)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger