Online users

Follower

Monday, May 14, 2012

Demimu Kak Ros

Sabtu hari tu, aku pergi Alor Setar kejap untuk jumpa someone. Erm, Kak Ros namanya. Actually dia dah lama baca blog aku. Aku baru tahu hari tu. Itu pun dia email ajak jumpa. Mulanya, rasa segan jugak nak jumpa. Ye lah. Aku tak pernah tau rupa dia macam mana. Lebih kurang macam blind date la ni. Hohoho. Ajak mat arep teman, memang tak la dia nak teman. Segan katanya. Nak ajak member lain, sekarang masa kritikal. Kalau area SP, boleh consider lagi. Ini Alor Setar. Tak nak menyusahkan dorang. Makanya, ku pinjam kereta Bob harung sorang sorang ke Alor Setar. Semua demimu Kak Ros. Ewah.


Set jumpa kat Alor Star Mall. Kak Ros datang sini pun sebab ada event Mighty Minds bawah RHB. Kebetulan dia in charge sebagai judge. Hari sebelum tu kat Penang. Esoknya kat Perlis pulak. Busy betul. Dah sampai kat Alor Star Mall, mata meliar mencari gerangan Kak Ros ni. Walaupun tak pernah jumpa, buat buat pi la cari. Kot kot jumpa.Hahaha. Text, tapi dia tak reply. Duk lama sikit, call dia terus. Tanya kat mana. Dia cakap dia kat event tu pakai baju stripe putih. Ok. Terus cari orang baju stripe putih. Macam dah jumpa tapi tak sure lagi. Pergi dekat, then aku pulak yang sapa dia dulu. Dia pun dah nampak aku, terus la senyum lebar.

"Tinggi jugak ye Zack ni. Dalam gambar nampak pendek"

Hahaha. I guess that's her first impression of me.Decide untuk lepak kat Georgetown Coffee dan makan. Aku lapaq. Tak kira apa dah. Kak Ros ni sempoi. Walaupun dia lagi tua dari aku (dah ada anak dua) tapi jiwa remaja. Aku mengalami konflik bahasa pada awal perkenalan. Sebab dengar Kak Ros cakap KL, aku pun jadi kekok kejap. Ih. Nak control cakap ke apa ni. Ke nak belasah ja cakap Kedah. Hahaha. Lama sikit, baru aku keluaq loghat Utara aku. Kak Ros pun not bad. Suami orang Penang. Harus la tau cakap utara kan.


Banyak benda jugak la kitorang sembang. Disebabkan Kak Ros frequent reader blog ni, maka banyaklah input yang dia tahu pasal aku. Habis dia tanya balik trip pergi Melaka last year. Itu menunjukkan betapa dia baca setiap post aku. Paling tak boleh blah dia tanya "Mana mat arep? Dia tak datang ke?" Haaa..Habis dengan boyfriend I pun dia nak jumpa. Hehehe. Bukan sekali, tapi banyak kali jugak la dia tanya mana mat arep. Kak Ros ni nak jumpa saya ke mat arep? Sentap mak. Sentap! Hahaha. 


Mat arep managed to come tapi sempat jumpa kejap je lah dengan Kak Ros pasal lepas tu dia nak kena judge competition Mighty Minds pulak. Siap dapat kupon KFC, Rasamas dan Pizza lagi you. Thank you Kak Ros. Satu kupon dah selamat dikorbankan =P 

p/s: Terharu bila ada reader nak jumpa in personal. Semoga jalinan persahabatan ini terus berkekalan sampai akhir hayat.Ewah ayat kaaaauuu =P

7 comments:

eDdY said...

z@ck..nnt aq pon nak jumpa ko la..keh3

Miss Kira said...

comey sis pkai shawl tu.. ;)

NIZAM said...

Ms Zack, I pun peminat setia blog u jugak tau. taknak jumpe I ke? hehe.

Farah Haris said...

Wahhhh Zack dah brani drive jauh2 eh? tahniahhh :D

R.os said...

over taww tajuk...

hihihiiii....

Irfa said...

bila nak jumpa akak ni?
hehe

[z@ck] said...

eDdy..
haa..boleh boleh..=)

Miss Kira..
*blush*

NIZAM..
gedik la u ni.hahaha.nanti kita jumpa eh.

Farah Haris..
apa guna ada lesen tapi tak drift...hahaha

Kak Ros..
haruslah! hahaha

Irfa..
anytime pun boleh =P

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger