Online users

Follower

Monday, June 11, 2012

Bandung Trip : Nasi bakar

Semalam tak mampu nak update blog.Rasa malas sangat.Ni pun gagah update jugak ni. Semuanya kerana mu readers.Ecewah.Lepas lunch, kami sambung pusing FO. Malam, terasa lapar balik. So, ajak Ocen cari kedai makan.Kami tak kisah sangat makan kat tepi jalan. Asalkan makanan tu halal dan sedap.Bab hygiene pun amik berat jugak tapi macam la tak biasa makan kat gerai tepi jalan kat Malaysia kan? Lebih kurang sama ja tahap kebersihannya.

Actually kat situ, banyak gerai makanan tapi this one attracts us the most.Maybe sebab lampu dia terang.Menarik perhatian.Hahaha.Dia tulis soto bandung tapi yang display lauk lauk.Mujurlah dorang ada menu. Tertarik dengan nasi bakar. Tanya tokey nasi bakar tu apa. Dia cakap nasi tu balut dengan daun pisang, lepas tu kasi bakar. Mula mula ingat macam lemang.So tak berani nak order.Takut tak masuk dengan ayam bakar madu. Sekali hang, ada pak cik meja sebelah order nasi bakar. Nampak sedap pulak nasi bakar tu.Pak cik tu pulak pulun sedap sungguh. Rupanya langsung tak macam lemang pun.Macam nasi kukus je rupanya.So, tukar order.

Lauknya lebih kurang sama dengan ayam penyet.Cuma tak ada tauhu dan tempe.

Tengah bakar ayam madu. Siap guna kipas lagi you'olls. Yang menjual ni semua muka jambu.Muda muda lagi.

Kami tapau ja.Nak makan kat bilik.Puas sikit.Lagipun badan dah belengaih.Tak selesa nak makan dulu. Nak mandi bagi wangi dulu, baru feel sikit time makan kan. Rasanya sangat tip top weh. Dalam nasi bakar tu,dia ada letak isi ayam.Portion dia pulak, agak banyak.Kenyang mok cik.Sambal paling terbaik.Pandai betul orang Indon ni buat sambal.Tak boleh nak guess depa buh apa dalam sambal tu.Sedap sangat la I tell you.

Lepas tu, baring baring terus terlelap.Memang bagus sangat la kan.Mana la tak buncit.Pfffttt.

6 comments:

eDdY said...

nampak sgt sedap..harga dier baper z@ck???

Saya Disini said...

wow..mesti sedp ni..xpenah rasa lgi nasi bakar

nur anis said...

wahh..nasi bakar..peliknya...

Irfa said...

hahaha..lepas makan tido.macam mana tak muncit ye..akak pun kalau lepas makan mesti mata ngantuk tetiba :(

shera haifa said...

wooo cam sedap..terliur

[z@ck] said...

eDdy..
duit kita dalam 5 6 hengget ja.worth buying for.

Saya Disini..
serius sedap.nasib kitorang jugak kot datang gerai ni, dapat makanan best.banyak je stall kat tepi jalan.kena pandai pilih la.

nur anis..
pelik kan? tapi sedap.

Irfa..
kan? tambah tambah kalau makan nasi lemak.lagi la jadi sleepyhead.

shera haifa
=D

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger