Online users

Follower

Tuesday, June 12, 2012

Bandung Trip: Trans Studio Bandung

Since we stayed for four days in Bandung, we decided to go to Trans Studio. Bosan jugak kan kalau asyik nak shopping sepanjang masa. Dari Hotel Progo ke Trans Studio hanya memakan masa selama 30 minit. Itu pun sebab jam.Kalau tak jam, rasanya 20 minit pun dah boleh sampai. It was beyond my expectation. I thought it was an outdoor theme park.Rupanya indoor. Mujurlah pergi time weekdays so tak ramai sangat orang. 


Waktu nak beli tiket, orang kaunter tanya "Kartunya sudah ada?" I was like.............Aku tanya balik, "Kartu?" Apa tu?" Rupanya kartu tu kad.Dia dah buat muka dah.Agak agak la.Aku Malaysian.Mana nak faham bahasa korang.Harga tiket on weekdays 150k rupiah, weekend pulak 200k rupiah.

Ni haa rupa kartu tu. Mega Cash Card namanya. Harganya 10k. Perlu ada kartu ni sebagai pass untuk masuk dalam Trans Studio. Mujurlah 10k ja. Kalau duit Malaysia dalam RM 3.40 ja.Kad ni jugak berfungsi sebagai debit card dimana kita boleh topup max to 5juta rupiah dan guna dalam Trans Studio untuk purchase makanan ataupun souvenir. Kitorang tak topup pun.Bajet ler katakan.

Oh ya.Tak boleh bawa masuk outside food or beverage ye. Aku dah la bawa botol besar mineral water.Jenuh minum sampai habis.Nak buang, sayang. Huhuhu.

Wah.Walaupun weekdays, tempat ni tetap meriah. Ramai pelancong.Trip sekolah pun ada. Memang tak sangka la dalam mall dorang boleh buat theme park macam ni.

Tak payah pergi US pun boleh jumpa Statue of Liberty you'olls. Konsepnya lebih kurang sama dengan Movie World Gold Coast, cuma tak banyak sangat karakter kartun yang boleh kita jumpa kat sini.

Antara game yang ada, Vertigo, Giant Swing,  Marvel Superheroes 4D, Trans Car Racing dan macam macam lagi la. Vertigo paling takut. Nak cerita pun tak boleh sebab korang kena rasa sendiri baru tahu feeling takut tu macam mana. Pusing 360 darjah.Kejap diatas, kejap dibawah. Pusingnya bukan kejap, tapi lama. Turun dari Vertigo, pening kejap.Aku nak try Giant Swing tapi Adawiah dah give up. Dia takut lagi bertambah pening. So, aku pun tak naik la. Bosan la naik sorang sorang. Ceh. Padahal, seriau.Sebab tengok gaya macam lagi seram dari Vertigo.

Baru aku faham kenapa ada trip sekolah datang sini.Sebab ada Science Center dalam ni.Ada corner math, fizik,kimia dan biologi. Aku yang kureng sikit bab pameran ni pun boleh suka sebab kebanyakan benda kat situ interaktif. Kita boleh test sendiri. Ralit duduk dalam tu, tak sedar dah spend almost sejam. Kalau masuk muzium, tak dan 30 minit, dah chow dah. Hahaha.

8 comments:

Irfa said...

mcm kat times square la kot ;)
ker akak salah?hehe

shera haifa said...

syoknye..

[z@ck] said...

Irfa..
haa..quite the same i think.cuma yang ni lagi best kot.hehehe

shera haifa..
yes, it is.you should come here =)

sarah mohamad said...

Ala - ala times square gituu tapi bandung punya lagi besar kan hiksss

NUNU EERA said...

mcm best jgk tmpt ni.. nex time klu g bandung leh g cni la..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Best bangat sih! :))

Saya Disini said...

bestnye jalan2

eDdY said...

roller coaster xder ke z@ck??

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger