Online users

Follower

Thursday, July 5, 2012

Minggu pertama

Assalamualaikum semua. Fuh.Hampir seminggu blog ni tak berusik.Al maklumlah sekarang ni dah start praktikum. Rutin harian pun dah berubah. Tak ada masa nak online sangat. Bangun awal pagi, mandi,solat, pergi sekolah. 1.15 petang, balik rumah, tidur sampai ke senja. Bangun, maghrib, Running Man seround, buat reflection, iron baju, tidur. Ha..itu lah rutin harian so far. Malas nak online.

Pengalaman berada di sekolah kampung ternyata sangat berbeza daripada sekolah di kawasan bandar. Semuanya serba kekurangan.Kemudahan infrastruktur misalnya, aku tengok meja dan kerusi student tunggu masa nak patah ja. Di bilik guru pulak, kami tak dapat meja cikgu sendiri disebabkan tak cukup meja. Makanya, kami terpaksa berkongsi meja dengan cikgu yang lain.Meja kantin yang panjang tu lah meja kami sepanjang 3 bulan praktikum. Tapi ada bagusnya jugak kongsi meja dengan cikgu senior, so that boleh buat kawan.Nak duduk sekolah tu bukan sehari dua, makanya kena la bercakap dengan depa. Tak mau dianggap menyombong tak tentu pasal. Mujurlah cikgu sekolah semuanya baik baik belaka. Style suka bercerita. Tak ada la kekok sangat dalam bilik guru. Advantage jugak sekolah kecik ni sebab cikgu tak ramai.Bila tak ramai, tak ada la banyak songeh. Hidup pun aman. Toilet cikgu perempuan pulak, 'one in a million'. Kalau occupied, terpaksa la tunggu turn.

Budak budak pulak, macam macam ragam. Ada yang senyap, ada yang tak henti henti bercakap sampai tak terlayan. Aku ada masuk few classes untuk observe dan relief. Satu aliran, ada dua kelas saja. Satu kelas pandai, satu kelas kureng pandai. Kalau yang kelas pandai ni, still boleh control. Depa tahu behave. Kalau masuk kelas yang kureng sikit ni, jenuh bertempik. Cikgu senior dah pesan, "Budak budak kampung ni, depa bukan faham bahasa.Tak boleh bagi muka sangat, sat lagi depa pijak pala kita" Setiap cikgu pesan macam tu. Aku ni, kalau boleh, tak nak la garang sangat dengan student. Tapi kat sini, memang tak boleh kalau tak garang. Dorang ni kalau tak ada kerja dalam kelas, kerja nak bersembang ja. Sekali warning, senyap la kejap.Tak lama lepas tu, mula bising balik. Baru seminggu dekat sekolah, aku dah expert bab mengugut student ni."Kalau awak bising lagi, saya hantar awak jumpa PK HEM.Awak mau??" Hahahaha.Kalau fikir balik, lawak pun ada. Seriously, banyak lagi benda yang aku kena improve. This is just a beginning. I guess itu cara termudah untuk bagi dorang senyap. Buat muka garang sampai kening bercantum, tinggikan suara dan ugut. It works for me.Sekarang ni bukan boleh sentuh student. Nanti mak bapak saman.

Dari segi pembelajaran, cikgu banyak guna worksheet dan fokus utama, untuk prepare dorang for examination. Ada yang masuk kelas, buka buku text,baca passage sama sama, buat latihan comprehension.Itu saja. Bosan kan? Budak budak pun jadi kurang berminat nak belajar. Kadang kadang tak boleh nak salahkan budak budak jadi macam tu, sebab semuanya datang dari cikgu.Susah woo jadi cikgu. Setiap hari nak kena perah otak fikir macam mana nak ajar budak budak ni. Macam mana nak bagi depa faham dan sebagainya. 

We were mistakenly thought as Puan. Nampak sangat muka dah layak tukar status.Kahkahkah.

Nanti I sambung lagi noh. Toodles!

6 comments:

eDdY said...

puan..dekat da tu..jgn lupa jemput aq camna2 pon..hehe

NIZAM said...

puan? nampak macam in je. haha.

Chenal said...

begitu la ceritanya sorang guru..

cha said...

pengalaman tu zack pg sekolah2 camtu kan. haha puan ye? sebagai tanda hormat tu :D

shaty said...

Welcome to the real world of teaching .. :) !! jangan salahkan cikgu 100% ngajar cara ' membosankan'. our educational system stress more on exams. In other words .. it is exam orientated. So .. teachers have to focus on that .. if not the result will be doomed .. and they have to answer .. Y ?? That is why nowadays teaching .. ( especiall teaching English ) is no more interesting. Whereas during training .. we were told to find ways n be creative in teaching.However .. when we are in the ' real world of teaching '.. we slowly realise that we are indirectly forced to adhere to the present system .. that is .. teach students ' to pass their exam with good grades ' !! Thus teachers started giving and telling students 'the rules'.. the ' keys ' to get the right and to write the right answer !

Irfa said...

DULU PENAH BERANGAN NAK JD CIKGU TAPI CITA2 TAK KESAMPAIAN..Allah lebih tahu mana yg baik utk akak kot.hehe
skrg jd cikgu pd anak2 je

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger