Online users

Follower

Tuesday, July 24, 2012

Selamat Berpuasa =)

Sedih la hai tengok statistic blog. Makin merudum.Mana taknya. Tuan blog dah makin malas update blog. Bukan apa,bila dah sibuk dengan praktikum ni, dari ada masa, terus tak ada masa nak hadap laptop lama lama. Kebanyakkan masa habis menghadap scheme of work, RPH dan tidur. Penat lain macam bila jadi cikgu ni. I guess penat berfikir kot. Seharian suntuk memikirkan macam mana nak mengajar budak. Not easy meh. Sapa yang cakap kerja cikgu senang? Macam tak percaya dah nak grad hujung tahun ni. Kejap ja masa berlalu.

Oh. Di kesempatan yang ada ni, nak ucaplah Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca blog picisan ini. Semoga Ramadhan kali ni dapat mendidik kita untuk jadi lebih bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang ada. Kesian tengok belah Syria sana nun. Perang sana sini. Bersyukurlah kita ni duduk kat Malaysia, aman sentosa.Dapat puasa dengan tenang. Tahun ni tahun pertama puasa since balik dari NZ. Tak lapar, tapi dahaga. Kedah makin panas woiii.


Bantuan baju raya untuk anak yatim dan fakir miskin. Happy tengok dorang senyum bila akak tu amik ukuran baju. Dapat baju raya, kasut raya, tudung raya. Yang lelaki pulak, siap dapat sampin lagi. Semoga dengan bantuan ni, dapat ringankan beban keluarga sekaligus menaikkan lagi semangat untuk belajar. =)

6 comments:

eDdY said...

selamat berpuasa jugak z@ck :)

Qu azniza ;) said...

selamat berpuasa zafirah!

aReLaN said...

salam ramadhan & selamat berpuasa z@ck!!!

NIZAM said...

Salam Ramadhan. cuaca agak panas la jugak skang ni. tp malam asyik hujan je kalo belah sini. global warming kot.

*PEACE* ha a kan syukur je kat Malaysia. scary tengok Syria bergolak.

Irfa said...

Salam Ramadhan dik
maaf kalau akak ada salah komen dlm blog ni ;)

nazril hayat said...

selamat berpuasa jugak kak~~ya~~jadi cikgu bukan senang ya~~:)

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger