Online users

Follower

Thursday, August 9, 2012

Amarah

Hari ni aku mengamuk dalam kelas. Tahap kesabaran aku dah mencecah tahap maksimum.Cerita dia macam ni. Aku ada buat aktiviti dalam kelas. Aku dah cakap kat dorang yang semua orang akan dapat chance main. Tapi ada jugak yang tak faham bahasa. In a good way, nampak la depa excited nak engage dalam aktiviti tu cuma masing masing tak penyabar. Ada sorang budak perempuan ni, aku nampak dia asyik angkat tangan tapi aku tak layan.Bukan tak layan, tapi aku ikut turutan seating dorang.So, dia duduk agak belakang, makanya aku tak pay attention sangat la kat dia. Again, berulang kali aku cakap, semua orang dapat peluang main game ni cuma kena bersabar.Tunggu turn awak. Dia tak faham bahasa jugak. Agaknya dia frust sangat kot, dia cakap "Apa teacher ni. Buang masa ja la kalau macam ni." 

Menyirap la aku dengar. Terus aku tempik satu kelas. "Sapa yang cakap buang masa tadi tu???Awak tak reti nak bersabar ke? Orang lain boleh tunggu turn, takkan awak tak boleh?" Muka aku time tu dah merah padam dah.Geram sangat dah.Sampai hati cakap kat aku macam tu.Orang punya usaha reka lesson plan sampai lewat malam, dia kata buang masa.Memang aku terasa gila la dengan budak tu.Dah tu, bila dah terasa hati, satu kelas kena effect. Lagi buat aku sakit hati, dia tak nak mengaku dia yang cakap padahal satu kelas dengar dia yang cakap. Kelas jadi senyap terus. Aku kalau dah marah sangat ni, suara tiba tiba pecah.Mata berair.Agaknya budak kelas perasan kot aku memang dah marah sangat. Budak budak lain bagi pandangan semacam kat budak perempuan tu.Siap ada yang duk perangat, "Okay semua.Kita tengok kat N****** ramai ramai. Dia buat teacher Zafirah marah." 

Duk lama sikit lepas tu, aku ok balik dah. Budak budak sini yang bagus tu bagus. yang biadap tu, biadap sangat. Aku kalau boleh, tak nak la jadi singa dalam kelas tu.Bertempik sana sini. Tapi itu ja cara nak ajar dorang.Nak naik tangan, dah tak boleh.Kang mak bapak datang sekolah, marah cikgu, saman cikgu. Bukan nak kata la, kadang kadang budak budak ni depan cikgu, dia watak lain.Depan mak bapak, watak lain.Bila kita report kat mak bapak anak encik/puan biadap kat sekolah, kita pulak yang kena marah.Cakap jangan nak memandai cakap anak saya macam sekian sekian.Dia kat rumah tak macam tu.So, macam mana nak buat? Haaa..lu pikir la sendiri. 

Ok.Berbalik kepada story aku mengamuk.Sebelum keluar kelas,aku warning budak tu. "N******, saya bagi warning kat awak.Lepas ni kalau awak biadap lagi dengan teacher, I will give your name to Mr. dot dot (guru kelas)." Dia angguk ja.Muka dah ketat habis dah.Dah sampai bilik guru, tiba tiba 3 orang budak kelas datang nak jumpa aku. Si pengawas, si muka ketat dan best friend muka ketat.

Aku :Why do you want to see me?
Si muka ketat : *Tundukkan muka*
Aku: Teacher tanya ni, kenapa nak jumpa teacher?
Si pengawas: Ishk.Cepat la. Teacher duk tunggu hang tu
Si muka ketat: *Pusing kiri kanan*
Aku: Teacher banyak lagi kerja nak buat.Awak nak cakap apa ni? 
Si pengawas : Laa..dia pi nangis pulak
Si muka ketat: Sa...ya nak min..ta ma..af kat teacher (suara senandung semalam sebab menangis)
Aku: Ok.Teacher maafkan kamu.Lain kali jangan buat perangai macam ni dah.Awak kena belajar bersabar.Teacher bukan tak bagi awak peluang, bla bla bla bla. Ok. Dah. Pi masuk kelas balik.
Si muka ketat: Thank you teacher

Tahu pulak minta maaf.Mungkin waktu dia cakap, dia tak sedar kot dia dah biadap.But it's good to see that she reflects her action, admits her mistake and comes to ask for my forgiveness.Terus sejuk hati. 

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang , Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan” (Ali Imran : 133-134)

Masih gagal menahan amarah.Maafkan teacher =(

13 comments:

Si Sejuk said...

wahh.. ak plak yg takut dengar.. ala budak2 kadang2 xsedar tindakan dorg. sabar sikit kot. hahah. go teacher pirah.

[z@ck] said...

angahpikah...
payah.kita cuba tak nak marah tapi depa pijak pala kita.camno tuh?huhuhu.

QasehnyaRania said...

huhu..dugaan..kena belajaq bersabaq...tapi sabaq pon ada batas kan ...=)

Cieut Nizar part II said...

zack, aku kalau emo masa mengajar, takdak awak, kamu dah. terus cakap hang aku ja. tapi dah selesai emo/marah/mengamuk cakap macam asal cikgu, kamu.

dalam sekelip mata, mood boleh berubah. ok to emo, emo to ok. nak tunjuk kat murid yang kononnya kita profesional. HEWHEW.

Aleen Afifi said...

waaaahhh garangnya teacher..

akooooootttt....klu arissa sebut takot macam tuh ....hahahha

maaf kan saya cikgu...sy masok kelas dulu..

tsk tsk tsk..-berlalu smbil nanges..

JaJa'Z said...

dik, tu small the pieces jek..setakat cakap cikgu buang masa...nak2 plak budak sek rendah...akak ni siap dapat perkataan 'babi' lagi hari tu dgn anak murid...bukan dr budak laki yek..dr budak pompuan..kes nya sebab kita tegur cara dia menjawab soalan kita...byk dugaan nak memanusiakan manusia ni zack..just be strong je lah..

shazika said...

tuudiiaaa tcher garangnyerr.. mmg bdk2 skrg kurang hormat cg.. sy pon slalu kena. saborjerlah kak oi.

eDdY said...

bagus gak budak tu..terus mintak maaf..tpi aq rase ni sbb diorg tu bdak sekolah rendah..cuba ko marah budak sekolah menengah..silap2 pancit tayar motor/keter..huhu

sweetie said...

Garangnya teacher z@ck ni! Bulan lepas Ojet pun cerita macam2 pasal murid-murid dia. Ada sekali tu Ojet cakap dia sampai menangis marahkan budak2 sebab degil la.

Anonymous said...

teruskan usaha dan menahan amarah ya cikgu zack

shaty said...

U are slowly learning the real situation of becoming a teacher .. it's not HOW could it happen but is's HOW u tackle the problem is rather more important and .. the moral lesson that both of u .. ( the teacher and the student/ ) gain out of the incident.

obat benjolan di leher herbal said...

salam kenal.... ^_^

Nick Nashram said...

zack, aq pun pernah kena camni..memang geram bila ada budak buat bising dan tak respek kat tecer masa kite tengah buat aktiviti..there was one time aq pasang lagu sebab students kena jawab soklan based on that song..masalahnye ramai yang buat bising dan duk berbual2..jerkah kejap diorang diam pastu bising balik..dah la kite ni tak tidur malam nak buat aktiviti dan x sempat sahur pulak tu..last2, satu kelas aq halau.memang sakit hati..pastu mula2 ade yg datang ke bilik guru mintak maaf..adoiii, mencabar betul jadi cikgu ni..

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger