Assalamualaikum semua,
Pejam celik pejam celik, esok insya-Allah kita bakal menyambut 1 Syawal. Bagi aku, Ramadhan kali ni rasa sekejap sangat. Tup tup dah nak habis. Sekarang dah ada kat kampung.Raya kali ni kurang meriah sikit pasal family Pak Ndak tak ada. Tak dapat cuti raya.Sob sob.Maka tak cukup korum la family besar Hajah Saudah kali ni. Walaubagaimanapun,ecewah, raya tetap raya. Ketupat tetap buat.Makan besar di pagi raya tetap ada.Satay 300 cucuk menanti untuk dibakar. Masak la malam raya bau asap sorang sorang.This is my first year celebrating raya after two years merantau di bumi Kiwi. Dua tahun kat perantauan, meleleh ayaq mata tak kira la di pagi raya. Tapi dalam sedih sedih tu, ada jugak benda best raya kat oversea,Setiap hari ada open house! Haaa...kira seminggu tak payah masak kat rumah. Berjalan la hang ke setiap rumah untuk makan.Duit raya tak pandang dah, asalkan perut terisi. Al maklumlah, duduk oversea, nafsu kepada ketupat,nasi impit,kuah kacang,rendang dan sewaktu dengannya sangat tinggi. Kalau nampak, mata terus terbeliak.Macam nampak ketul emas! Kalau kat Malaysia, tak heran sangat kan pasal bila bila masa ja boleh dapat.
Keseronokan beraya di oversea sudah tentulah bila kita dapat beraya dengan kawan kawan. Nak beraya dengan mak bapak, depa duk jauh. Kawan je lah tempat kita bergantung.Cuba kalau kat Malaysia, non hado la nak pergi beraya rumah kawan. Dah masing masing duduk jauh.Sorang kat Terengganu, sorang kat Perak, sorang kat Selangor.Haaa..cam no tuh? Kalau yang duduk setaman tu, kira ok la jugak. Tapi kebanyakkannya prefer beraya dengan family. Oh, baju raya aku tahun ni sepasang saja. Malas nak bazir duit beli banyak banyak pasal tahun ni saja, dua pasang baju aku tempah untuk pakai time wedding orang.Makanya, kita recycle baju wedding tu jadi baju raya.Kelas kau mariah. Tak ada maknanya nak pakai baju labuci sana sini sebab dah tau dah nanti end up kat dapur, basuh pinggan.
Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidili Fitri kepada semua umat Islam. Minta maaf if ada yang terasa dengan post aku sebelum ni. Sesungguhnya aku tak ada niat nak sakitkan hati korang secara sengaja atau tidak sengaja. If anyone happens to be in Alor Setar, do come to my house =)
Saturday, August 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cikgu ZaFirah, selamat hari raya.:D.enjoy raya ni.kim salam kt aloq staq.
hehe.
kami kt welly ni x tau g raya bila.magrib ni br nk usha anak bulan.mgkn esk atau lusa.
we olls kat sini raya dlm lect selasa ni ada test.:(
taun ni solat sunat kt rumah malaysia,first time nk pi.excited sbb x penh pi tp nebes jugak nt nk test.x tau mana nk prefer dlu.uwaaaaaa
selamat hari raya kak firah maaf zahir batin.fatin pn nk mnt maaf atas sgala silp salah yg sengaja / x sengaja.
z@ck..tahun ni merasa la aq raya kat oversea ni..first time dlm 23 tahun kot aq hidup x dpt beraya ngan family sumer..tpi tu la..macam yg ko cakap..ni da berderet open house nak pergi..hehe :)
skank ni x tau lagi samada raya esok atau ari isnin..mlm ni baru diorg tgk anak bulan..hehe
tpi sayu jugak la dok dgr lagu raya..kalo x time ni aq da bz da tolong mak aq kemas rumah sumer..haha..bile dok oversea ni..mood nak beraya tu x rase sgt..haha..maklum la..lagi2 ni bukan negara islam..mmg konfem2 la xder sambutan kan..tpi apa2 pon enjoy la semampu mungkin kan..kui3
SeLaMaT HaRi RaYa z@ck..maaf zahir batin..nnt update la suasana first raya k..kalo bole siap dgn gambar skali tau..haha (^^)
Post a Comment