Since that day hidup aku tak tenang. Nak masuk bilik sendiri pun dah macam penyangak. Terhendap hendap. Takut terjumpa cik ti. Satu malam tu, aku dengar bunyi plastik bergerak. Sekali teringat aku ada letak makanan kat dalam bilik aku. Level bawah sekali. Memang tepat sangkaan aku. Habis plastik keropok ikan I dia gigit. Plastik yang keras tu. Punya kuat la gigi cik ti ni. Dapur tu, jangan la tinggal makanan tak bertutup. Konfirm dia akan selongkar punya. Sinki tu pun jangan dibiarkan ada sisa makanan. Cik ti tunggu masa ja nak serbu.
Since that day la aku berdendam dengan cik ti. Dendam kesumat tapi tak cakap kuat kuat. Sebab orang tua tua cakap tak elok berdendam dengan cik ti ni. Keluarkan perkataan yang tak elok pasal dia lagi la tak boleh. Nanti dia angkut geng dia mai tebuk lubang kat baju kita. So, aku berdendam dalam hati ja la. Kalau fizikal pun, habis kuat I hentak hentak kaki mengerang macam orang sakit nak beranak ja. Hahaha.Punya geram habaq hang. Dulu tok pernah pasang perangkap 3 malam. 3 ekor dapat. Besar besar. Macam tikus mondok. So, aku propose kat tok untuk pasang perangkap lagi.
Plan asal, nak ambil kucing jiran sebelah then bagi cik ti kat dia. Aku menentang keras idea tok nak simbah air panas. Kesian kot kat cik ti tu. Walaupun dia dah membuat kekecohan kat rumah ni, aku still ada perasaan kasihan jugak tau. It deserve to die in a proper way. Tok bantah cadangan aku sebab dia pernah buat cara aku, ended up tikus sempat lari sebelum kucing ngap dia. That's why dia suruh tuang air panas je terus. Tok pun macam berdendam jugak dengan cik ti ni.Tengok gaya pun tau. Hahaha.
Tok sangat extreme. Aku agak teragak agak nak tuang air panas. Tak sampai hati. Serius. Huhuhu. Tok seperti biasa, rimas tengok aku lembap sangat bertindak. Dia tak cakap banyak. Ambil ja air, tuang atas perangkap. Cik ti tu menggelupur sambil menjerit. Dengar la bunyi "cit cit cit" macam selalu aku dengar atas rumah tu. Huhuhu.Poor you cik ti. Lambat jugak dia nak kiok. Kesian dia. Terseksa sebelum mati. Dah tuang air panas, pergi jemur pulak kat tengah hangat. Huwa! Sedih pulak aku tengok. Tengahari sikit baru dia betul betul dah arwah. Kesian.Huhuhuhu =( Tok suruh lempar ja kat longgok sampah. Tapi aku tak sampai hati. Aku korek tanah, buat kubur untuk dia. At least, cara dia disimpan tu elok. Dari dibuang macam tu ja kat longgok sampah. Nak tanam tu pun, berabad tau tak. Aku geli tengok dia. Walaupun tau dia dah mati, tangan ni macam tak ada tulang. Pegang perangkap pun asyik jatuh ke tanah ja. Huhuhu. Nak keluarkan cik ti pun satu hal. Tapi alhamdulillah, berjaya kebumikan dia.
Tidurku hari ini sangat indah. Tiada lagi bunyi cit cit cit.
8 comments:
abah aku punya style lagi la.. bg cik ti kuar pastu dia hempas ngn cangkui.. haaa mati on da spot.. dia suh ak wat, sumpah la x.. xsampai ati kot
sama mcm abah kita puny style la tok wan, siram air panas.
dulu rumah aku ader gak camni..tpi ayah aku time tu buang cik ti ni kat dlm hutan..x bunuh pon..seb baek la die da x dtg da..haha
ermm .. kelakar juga citer cit ti ni. Actuallay .. rumah kampung memang lerr akan ada KAK TI ( itu panggilan kami sekeluarga untuk TIKUS ) .. umah auntie pun ada kak ti dan ' mereka ' keluar tak tunggu kita padam lampu dah. Itu maknanya mereka berani. Ada kucing pun dia tak heran. Malah kucing pula takutkan dia ..setakat berambat atas alang je dia berani. Kita yang jadi mangsa .. tidur tak lelap dek bunyi dum dam kucing kejar tikus !! Dah try guna perangkap yang membidas .. kertas gam .. tapi semua ' tak jalan' sebab kami takut dan tak tergamak nak membunuh. Malah nak angkat perangkat dan kertas gam tu pun .. geli semacam. SO .. kami bagi makan racun .. letak atas cebisan roti yang disapu marjerin dan diletak sedikit or secubit lauk .. kemudian cebisan roti itu di letak di laluan Kak Ti. Alhamdulillah .. tak lama .. cebisan roti itu HILANG. ermm .. kalau dah banyak KAK TI di rumah, maka mudahlah terserempak dengan dia di lantai di bilik air, di tandas .. malah ada yang sedang berenang2 di kolam/kolah di bilik air . Itu kira mujur lah .. sebab JUMPA dan NAMPAK apa jadinya Kak Ti lepas makam roti beracun. Yang tak MUJUR nya .. bila Kak Ti mati di siling.. celah dinding yang tak kelihatan . Maka berminggu-minggu lah kami terpaksa hidup dengan bauan yang cukup memeningkan. Nak buat macam mana ... Kak Ti memilih jadi BANGKAI tak nampak di mata !! Tapi redalah seketika masalah Kak Ti ni ..
aritu kat umah zaty ada tikus.pstu mak tgkap dia. letak bwah bekas besen camtu la..lama gak la..
pstu kan mak kesian kt tikus tu nnt dia lapar n dahaga dlm tu.mak pon buka la bekas tu n nk bgi dia mnum air..
tbe2..ngap. tkus tu gigit jari mak..
hahaha. then tikus tu larii..
angahpikah..
oh my! ganasnya bapak hang.takut pulak aku.huhuhu
Fiery Phoenix..
orang tua memang macam tu kot naaa...
eDdy..
umah aku tak boleh bt mcm tu. kang ada yang datang balik.pasal hutan sekangkang kera ja dgn umah tok aku.hahaha
shaty..
ni hardcore punya tikus ni.hehehe
ciknurulzaty..
hahaha..bahaya betul. agaknya dia lapaq sgt la tu.nmpk jari mak zaty dulu.
Pirah, kesiannya jirus ngan ayaq panas. tak elok sebenaqnya. baik katok ja sbb dia akan mati immediately. seksa oo buat dia macam tu. huhu
mimi mimi..
ceq tak bersalah..wuwuwu
Post a Comment